Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Satelit Papar Imej Perkampungan Rohingya Dibakar Dan Jadi Medan Pertempuran

14 Nov 2016
No Comment

YANGON: Berdasarkan imej baru setelit yang dipaparkan oleh Human Rights Watch, terpapar imej ratusan bangunan di perkampungan etnik Rohingya di barat Myanmar dibakar ketika pertempuran baharu meletus di wilayah bergolak itu.

Perkampungan yang terletak di Rakhine Utara bersempadan dengan bangladesh merupakan kawasan penempatan minoriti Islam Rohingya telah dikepung tentera sejak serangan mengejut bulan lalu di pos sempadan yang menyebabkan sembilan anggota polis terbunuh.

Pihak tentera dilaporan telah membunuh berpuluh-puluh penduduk dan menahan ramai orang dalam usaha memburu penyerang yang dikatakan kerajaan adalah militan Rohingya yang ada kaitan dengan militan luar negara.



Beberapa hari lalu telah meletus satu pertempuran singit yang menyebabkan dua anggota tentera dan enam penyerang terbunuh.

Pihak tentera dalam satu kenyataan menyatakan mereka telah menyerang perkampungan berkenaan menggunakan bantuan helikopter tempur untuk menangkis serang hendap.

Krisis ini merupakan pencabulan hak asasi manusia yang selari dengan tindakan keras tentera, menambah tekanan antarabangsa ke atas kerajaan awam baharu Myanmar dan membangkitkan persoalan mengenai kemampuannya mengawal tentera.

Pihak berkuasa telah mengehadkan akses ke kawasan itu, menjadikan sukar untuk mengesahkan laporan kerajaan atau tuduhan salah laku tentera.

Dengan imej terbaru ini menunjukkan apa yang dikatakan kumpulan itu sebagai bukti kes kebakaran khianat terhadap perkampungan Rohingya.

Analisis mereka menunjukkan lebih 400 bangunan dibakar di tiga perkampungan Rohingya yang menjadi lokasi pertempuran.



Kumpulan itu berkata, api dan sisa kebakaran menunjukkan kebanyakannya dilakukan dengan sengaja. Imej terbaharu dirakam pada 10 November lalu.

Pengarah Asia kumpulan itu, Brad Adams, berkata gambar baharu menunjukkan pemusnahan besar-besaran yang lebih teruk daripada apa yang difikirkan.

"Pihak berkuasa Myanmar perlu segera menubuhkan siasatan dibantu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai langkah pertama ke arah memastikan keadilan dan keselamatan kepada mangsa," katanya dalam kenyataan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "