Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto) 60 Jengkaut, 100 Lori Pasir Diguna Untuk Selamatkan Budak Terjatuh Dalam Perigi Kering 40 Meter

8 Nov 2016


China - Berdozen-dozen penyelamat di China kini sedang cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak lima tahun yang terperangkap di dalam perigi kering sedalam 40 meter.

Menurut BBC, sebanyak 60 jengkaut dan 100 lori pasir digunakan untuk tujuan menyelamat.

Sehinga kini, proses menyelamat masih giat dijalankan.


Kanak-kanak itu terjatuh ke dalam perigi sedalam 40 meter di Baoding, wilayah Hebei pada pagi Ahad.

Menurut bapa, kanak-kanak itu sedang membantunya menuai sayuran ketika kejadian. Kini, keadaan kanak-kanak terbabit belum diketahui. Bagaimanapun, oksigen, makanan dan air telah pun dibekalkan.

Perigi berdiameter 30 cm dikatakan itu tidak mampu memuatkan orang dewasa untuk masuk ke dalam untuk menyelamat.

Selepas dua hari mengorek, penyelamat hanya mampu mengorek sedalam 13 meter sahaja.

Perigi itu sudah tidak digunakan selama lima tahun namun tiada sebarang tanda yang memberi amaran kewujudan telaga itu di sekitar kawasan tersebut.

Perigi itu hanya berdiameter 30 cm dan tidak mampu memuatkan orang dewasa.
Kawasan seluas 800 meter persegi dikosongkan untuk tujuan penyelamatan.


Proses mengorek diteruskan biarpun di waktu malam.

60 jengkaut dan 100 lari pasir digunakan untuk mengorek pasir di kawasan itu.

Bapa kanak-kanak itu berterima kasih kepada penyelamat yang berusaha menyelamatkan anaknya.

Keluasan yang berjaya dikorek setakat ini.

Sumber: BBC

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "