Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Disebut Drama Paling Hebat Abad Ini, HERO Tampilkan Situasi Sebenar Tugas Menyelamat Anggota Bomba

27 Nov 2016
No Comment

Kalau kita lihat di laman sosial, ramai orang 'bash' kononnya pengarah drama hanya tahu buat cerita cinta dengan tajuk yang dianggap pelik, ada tertanya-tanya, tak ada ke drama yang menceritakan kisah kehidupan sebenar.

Kali ini admin tertarik untuk review tentang sebuah drama bersiri hebat, drama bomba Hero RTM2, di mana drama ini mengisahkan kehidupan suka duka sebagai anggota bomba yang seharian bersabung nyawa demi memastikan keselamatan rakyat Malaysia.

Drama Hero ini adalah kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta syarikat produksi NS Star Sdn Bhd selain cetusan idea bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan

Pejam celik pejam celik, drama yang diarahkan oleh Bade Hj Azmin dan dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Fezrul Khan, Mimi Ernida, Rusdi Ramli, Tengku Fiella Afzan Rahman dan Akmal Rahman ini sudah sampai penghujungnya malam esok.

Apa yang menarik dengan drama ni? 

Sering kita lihat di media tentang tugas mereka yang mencabar, jika ada kemalangan, kebakaran, terjumpa binatang berbisa, bencana alam, dan pelbagai situasi musibah lagi, pasti akan ada mereka ini.

Jadi drama Hero ini adalah sebagai platform untuk masyarakat menghayati pengorbanan pegawai dan anggota bomba yang sentiasa memberi komitmen dalam tugas memadam api serta menyelamat tanpa mengira kepentingan peribadi.

Jika sebelum ini kita lihat dari jauh , melalui drama ini kita boleh lihat sendiri depan mata tugas mereka.

Babak kereta terjunam ini dilakukan di 2 buah lokasi iaitu di Dam Semenyih, Selangor dan TSTC (Terengganu Safety Training Centre) . Kereta yang sama di tunda ke dua-dua lokasi.

Untuk pengetahuan semua, segala jalan cerita dan skrip yang ada di dalam Bomba Hero ini adalah daripada pihak Bomba sendiri untuk menjadikan drama ini lebih berkesan dan kena dengan situasi sebenar.

Ditambah dengan pelakon-pelakon yang sudah diakui kerberkesanan lakonan mereka seperti Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Fezrul Khan dan Rusdi Ramli menjadikan drama ini 'hidup'.

Kisah disebalik tabir lakonan juga begitu menarik untuk diceritakan, mana tidaknya, dalam aksi yang dilakukan untuk menjayakan drama ini, Sharnaaz mengalami pengalaman ngeri apabila dia mengalami kecederaan ketika terjun ke dalam tasik untuk 'menyelamatkan' seorang penumpang yang terperangkap di dalam kereta di dalam tasik.


Selain itu, semasa menjayakan episod 12, gempa bumi, beberapa kru produksi hanpir-hampir dihempap runtuhan yang boleh mengakibatkan mereka mengalami cedera parah atau maut.

Tahukah anda bahawa drama Bomba Hero ini merupakan antara drama paling mahal dan besar perbelanjaannya?

Mana tidaknya, demi mewujudkan suasana sebenar seperti kerja seorang anggota bomba diluar sana, prop yang digunakan adalah yang sebenar seperti kereta, simen runtuhan dan kru produksi yang betul-betul ramai.

Walaupun malam esok dah episod akhir, dikhabarkan drama ini akan ada kesinambungannya, kemungkinan novel dan filem akan dihasilkan demi memastikan usaha menghargai kerjaya sebagai anggota bomba ini tidak terhenti di sini sahaja.

Beberapa buah kereta telah digunakan dalam pengambaran drama ini. Kereta-kereta ini kebanyakan adalah milik JBPM yang didatangkan daripada Akedemi/ Balai Bomba Kuala Kubu Baru, Selangor dan Ibu Pejabat JBPM Putrajaya. Penggunaan adalah untuk dibakar, dihempap batu bata, ditenggelam air/underwater dan sebagainya.

Jom kita baca sikit sinopsis drama ini.

SINOPSIS DRAMA HERO

Mengisahkan kerjaya sebagai ahli bomba dan penyelamat yang sering berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan dalam tugasan yang di jalan seharian demi untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Perjalanan watak utama Khalid(Sharnaaz) dan Zaki merupakan sahabat baik dan mereka merupakan ahli bomba yang sentiasa berdedikasi dalam tugas. Walau bagaimanapun, suatu kecelakaan telah terjadi apabila Zaki telah terkorban semasa menyelamatkan Khalid sewaktu kejadian kebakaran di sebuah apartmen 20 tingkat di ibukota. Khalid tidak dapat menerima kenyataan dan sering menyalahkan dirinya diatas kecelakaan yang terjadi.

Cabaran diterima pasukan bomba yang menerima panggilan 'prank' dibuat oleh pemanggil yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk mencabar tugas pasukan bomba. Pasukan yang diketuai oleh Zarul dan Khalid diarahkan untuk pergi ke lokasi yang dilaporkan mengalami kebakaran yang mana jarak diantara dua lokasi tersebuat agak berjauhan. Lokasi yang ditugaskan kepada Khalid tidak mempunyai sebarang insiden kebakaran manakala lokasi Zarul mengalami kebakaran yang besar sehingga memerlukan bantuan khas.

Dalam episod seterusnya Khalid telah berpakat dengan Wana untuk melakukan siasatan sendiri terhadap kilang yang dicurigai mempunyai bahan kimia yang boleh mencetuskan kebakaran yang terdapat pada setiap kes kebakaran yang berlaku sebelum ini. Zarul telah mendapat tahu rancangan sulit Khalid dan Wana dan telah melaporkan kepada pihak atasan. Khalid menerima amaran dan memutuskan untuk tidak mahu terlibat lagi dalam kes siasatan kebakaran tersebut.




Kesulitan pihak bomba dikongsikan ketika berdepan dengan kes kebakaran hutan yang besar. Pihak siasatan bomba yang di ketuai oleh Puan Hasliza mendapati bahawa kes kebakaran hutan tersebut di dalangi oleh seorang kakitangan keselamatan kilang yang psiko. Akhirnya, diatas kecekalan dan siasatan yang teliti unit siasatan bomba, pelaku kepada kesemua kes kebakaran telah dapat di kenal pasti. Pada sudut yang lain, Khalid berhadapan dengan konflik perhubungan dengan tunangnya Mastura. Tambah merumitkan keadaan Khalid telah disiasat oleh pihak siasatan Bomba kerana dia merupakan satu-satunya saksi kepada kematian Herman. Wana telah diarahkan untuk memberi keterangan kepada pihak siasatan bomba berhubung kejadan semasa Khalid berada bersama dengan Herman di tempat kejadian.

Dalam pada itu, Khalid telah di dapati bersalah kerana melanggar tatacara pengendalian prosedur menyelamat mangsa di masa kejadian. Walau bagaimanapun, Tuan Arifin telah membuat perbincangan dengan pihak atasan untuk meringankan hukuman terhadapnya. Pada masa sama Khalid bakal melangsungkan pernikahannya bersama Mas tidak lama lagi. Dia juga telah mendapat berita gembira di bebaskan daripada tindakan hukuman akibat kecuaian dalam menyelamatkan mangsa yang jatuh dari bumbung sebuah kilang. Walau bagaimanapun, semasa hari pernikahan Khalid, satu gempa bumi telah melanda kampung meraka. Beberapa orang telah tercedera akibat terkena bahan runtuhan bangunan. Mas berasa sedih kerana ayahnya adalah salah seorang yang menerima nasib malang tersebut. Majlis di tanggungkan sehingga keadaan kembali reda.

Episod akhir berkongsi ketangkasan bihak bomba melakukan aktiviti menyelamat dan mengesan mangsa yang terlibat di dalam insiden gempa bumi yang mengakibatkan berlaku runtuhan di sebuah terowong. Pasukan Tuan Arifin telah di arahkan untuk melakukan tugasan menyelamat. Faridah yang juga merupakan kakak iparnya telah terperangkap di runtuhan tersebut dalam tempah yang agak lama. Berkat kecekalan pasukan yang di ketuai oleh Zarul, Faridah dapat di selamatkan.

Sedutan episod akhir.

A video posted by Hero - Drama Bersiri Bomba (@bombahero) on

Untuk mereka yang tertinggal drama ini boleh tonton dari awal rancangan di BOMBA HERO 

Jadi, jangan lupa malam esok temujanji anda, episod akhir HERO Isnin, 9 malam di TV2. - Siakapkeli.my










Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "