Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Beregu Badminton Lelaki Negara Kini Beregu Nombor Satu Dunia

10 Nov 2016

Kuala Lumpur, 10 Nov - Beregu badminton lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong kini bergelar beregu nombor satu dunia menurut ranking BWF yang dikemaskini baru-baru ini.

Menerusi ranking tersebut, beregu negara itu mengumpul 71,297 diikuti gandingan Chai Biao dan Hong Wei dari China di kedudukan kedua dengan 70,220 mata dan beregu Denmark di tempat ketiga dengan 67,534 mata.

Selepas meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong muncul juara Terbuka Denmark pada 24 Oktober lalu.

Datuk Lee Chong Wei pula masih kekal di kedudukan pertama dunia dengan 93,503 mata manakal beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh LiuYing berada di tangga keempat dunia dengan 67,060 mata.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "