Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

8 Tip Untuk Elakkan Rasa Mengantuk Ketika Memandu Jauh

2 Nov 2016
No Comment

Menikmati perjalanan dengan kereta adakalanya merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi jika bersama keluarga atau sahabat, dalam menuju ke destinasi percutian. Semangat atau suasana riuh rendah sering kedengaran tatkala menempuh sepanjang perjalanan tersebut.

Ianya satu keseronokkan yang diingini oleh kebanyakan orang. Namun begitu, bukan setiap masa anda akan memandu bersama teman, mungkin sahaja anda akan memandu bersendirian, untuk jangka masa yang panjang, atas faktor kerja atau pulang ke kampung halaman.

Dalam melalui perjalanan yang jauh, dan melalui lebuhraya yang sunyi, anda akan mudah untuk berasa mengantuk. Oleh sebab ini, admin ingin kongsikan 8 cara yang anda boleh lakukan, untuk mengelak dari rasa mengantuk sepanjang perjalanan yang jauh. Jom kita tengok apa yang dikongsikan oleh Reader Digest ini.


1. Buat Beberapa Persinggahan Sepanjang Perjalanan

Dalam perjalanan yang jauh, anda pasti akan melalui lebuhraya, dan setiap lebuhraya pastinya ada RnR, jadi, inilah masanya untuk anda berhenti seketika. Sebaiknya, anda berhenti di setiap 2 jam perjalanan. Boleh sahaja ke tandas untuk mencuci muka, atau membuat regangan badan, untuk rehat selama beberapa minit.


2. Bersama Co-Pilot

Boleh sahaja anda mengajak teman untuk menemani anda sepanjang perjalanan yang jauh, bukan sahaja dapat menjadi rakan berbual, tetapi mungkin sahaja boleh menjadi pentunjuk arah buat anda, apa gunanya co-pilot kan.


3. Kesegaran Kopi

Alang-alang sudah singgah di RnR, anda boleh sahaja dapatkan minuman berkafein, seperti kopi atau nescafe. Jika inginkan sesuatu yang lebih kaw, boleh sahaja dapatkan kopi panas, sama ada di kedai serbaneka, atau membawa dari rumah bersama uncang kopi, serta gula dan air panas.


4. Berikan Tubuh Anda Waktu Rehat

Jangan sesekali memaksa badan anda untuk sentiasa berjaga, walau anda sudah meminum kopi, tetapi tetap berasa mengantuk, cuba untuk lelap seketika. Sebaiknya, lelap dalam jangka mas 15 minit, setkan penggera di telefon anda, ini kerana, dalam 15 minit itu, ia cukup sebagai ‘ energy boost nap’. Pastikan tidak lebih dari 20 minit, kerana bimbang badan anda menjadi lemah, dan merugikan masa perjalanan anda juga.


5. Elak Memandu Selepas Tengah Malam

Secara biologinya, kita memerlukan tidur pada waktu malam, iaitu diantara 12 tengah malam, sehingga 6 pagi, jadi pada waktu ini, tubuh anda memerlukan rehat, dan ianya sangat berbahaya untuk terus berjaga. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup pada waktu malam, dan mampu untuk memandu pada keesokkan pagi.


6. Sediakan Kudapan Ringan

Pastikan anda menyediakan makan tenaga di dalam kereta anda, jika memulakan perjalanan yang jauh, namun, anda harus elakkan makanan ringan yang tidak sihat, kerana kandungan garam dan MSG yang tinggi boleh membuatkan anda rasa mengantuk. Cuba bekalkan kekacang, bar tenaga atau buah-buahan.


7. Buka Tingkap, Untuk Udara Segar

Sekali sekala anda boleh sahaja menurunkan tingkap, dan menghirup udara segar semasa perjalanan. Ianya akan memberikan kesegaran pada tubuh, dan membuatkan anda rasa kejutan yang baik. Namun, jangan terlalu lama, kerana khuatir pemanduan anda akan terganggu, cukup untuk membuatkan anda kembali segar sahaja.


8. Elakkan Meminum Alkohol

Walaupun anda hanya meminum alkohol dalam kadar yang sedikit sahaja, namun ianya juga akan memberi kesan rasa mengantuk, serta membuatkan anda mabuk atau berkhayal. Jangan sama sekali memandu dalam keadaan mabuk!

Dalam memastikan anda sentiasa selamat sepanjang perjalanan yang panjang, pastikan anda mengikuti tip ini. Walau tidak dapat mengikuti secara kesemuanya, beberapa sahaja, sudah memadai bagi meastikan and sentiasa segar dan bertenaga. Jom kita memandu dengan selamat. - Siakap Keli

BACA: JANGAN Lakukan 5 Perkara ini Ketika Memandu Dalam Hujan



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "