Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Video] 7 Tip Mengambil Gambar Menggunakan Telefon Pintar Ini Akan Menjadikan Anda Seperti Seorang Jurugambar Profesional

18 Okt 2016
No Comment

Setiap orang sudah semestinya mempunyai sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar, tidak kiralah jenama apa sekalipun. Dan telefon pintar yang ada pada masa kini mempunyai teknologi yang mampu membantu kita dalam melakukan aktiviti harian, seperti mencari maklumat, atau menonton video.

Dalam pada itu juga, kamera yang ada pada telefon pintar, bukanlah calang-calang, kerana mampu untuk menghasilkan gambar yang jelas dan berkualiti, serta ianya turut memudahkan pengguna supaya tidak lagi bergantung pada kamera DSLR yang besar sepanjang masa.

Namun begitu, jika mempunyai kamera yang bagus, tetapi tidak tahu bagaimana untuk menggunakan kelebihan yang ada, ianya seperti sia-sia sahaja. Admin ingin kongsikan, bagaimana cara untuk menangkap gambar seakan seorang profesional dengan hanya menggunakan telefon pintar sahaja. Jom kita usha, teknik yang sebetulnya, perkongsian dari laman The Verge.


1. Jangan Menggunakan ‘Flash’

Ini adalah bagi mengelakkan adanya bayang dan juga warna yang tidak sekata pada objek yang dijadikan model.


2. Tetapkan Pandangan Kamera

- Horizontal : Gunakan kamera pada kedudukan horizontal untuk mengambil gambar landskap, seperti gambar pemandangan.

- Vertikal     : Pastikan anda mengambil gambar dengan menggunakan kedudukan vertikal apabila ingin mengambil gambar orang.                         


3. Gunakan Grid

Untuk memastikan gambar yang diambil dalam kedudukan yang betul, anda boleh menggunakan grid bagi memudahkan untuk fokus objek atau imej yang ingin diambil.

Ianya adalah ‘rules of third’ dalam fotografi iaitu digunakan dengan menjajarkan satu subjek dengan garis panduan dan titik persimpangan, meletakkan kaki langit di baris atas atau bawah.


4. Ubah Perspektif

Cuba untuk menggunakan seberapa banyak sudut sewaktu mengambil gambar bagi menampakkan sisi berbeza objek atau imej yang diambil. Kemudin, simpan gambar tersebut, tanpa diedit terlebih dahulu supaya kualiti gambar lebih baik


5. Gunakan Manual Setting

Dengan memastikan anda menggunakan ISO yang rendah, ia dapat mengurangkan ‘noise’ di dalam gambar tersebut.


6. Edit Gambar

Bagi menampakkan lagi gambar tersebut lebih berkualiti, anda boleh edit gambar tersebut. Anda boleh muat turun aplikasi yang bersesuaian untuk edit gambar, seperti adobe lightroom.


7. Ambil Gambar Berkali-Kali

Sudah semestinya dalam menjadikan sesuatu itu sempurna, ianya memerlukan latihan yang lebih. Jadi jagan risau untuk mengambil gambar sesuatu objek atau imej dengan banyak, kerana akan ada satu gambar yang ternyata cantik dan berkualiti. - Siakap Keli


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "