Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Trip 'Redah' Sahaja Ke Sabah Selama 11 Hari 10 Malam Beri Pengalaman Baru Buat Dua Sahabat Ini

8 Okt 2016
No Comment

Perjalanan bersama kawan sememangnya menyeronokkan, mana tidaknya, aktiviti yang dilakukan bersama, akan menjadi kenangan serta sejarah yang akan dikenang di masa depan kelak. Ianya merupakan detik indah bersama, yang mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain.

Admin ingin kongsikan, perjalanan dua sahabat bercuti bersama ke negeri di Bawah Bayu, bersama teman baharu yang ditemui ketika bercuti di Sabah. Jom kita tengok perkongsian dari saudara Palin Falin tentang aktiviti dan itinerary yang dilakukan di Sabah sepanjang 11 hari 10 malam di sana.


Trip to Sabah : 11D10N (9/9/2016-20/9/2016)

Assalamualaikum & selamat petang, kali ni aku & Alex nak share trip aku ke Sabah selama 11D10N. Trip ni tak budget trip sebab trip langgar saje plus kena lipat dengan tripmates tapi takpe kita langgar je. Perjalanan trip ni dari Kota Kinabalu - Kundasang - Ranau - Sandakan - Semporna - Pulau Mabul - Semporna - Lahad Datu - Kundasang - Kota Kinabalu.

Day 1 : 9/9/2016 


Hari pertama flight dari KLIA2 ke Kota Kinabalu jam 9.30am. Perjalanan mengambil masa 2jam 15minit. Sampai di Kota Kinabalu International Airport, kitorang tunggu member dari Sabah & dia kasi pinjamkan kereta selama mana nak pakai RM300 je (Alhamdullilah rezeki kami untung ada sahabat kat Sabah ni. Cc: Ery)

Dari Kota Kinabalu bertolak ke Kundasang pada pukul 3.30pm & sampai ke Kundasang 7.30pm. Sepatutnya perjalanan jadi cepat tapi disebabkan jammed (peak hour + construction) jadi lewat. Disarankan bertolak awal la, paling lewat after lunch afdhol.

Kitorang sampai Kundasang terus ke Kinabalu Mt. Lodge berharga RM35 per night. (Receptionist cantik gila) Kat sini ada bilik & capsule dorm, jadi kitorang pilih dorm je mudah. Facilities complete takde masalah, scenery superb cuma kalau berkabus spoil sikit. Kitchen open & free of charge for customer 24 hours jadi korang boleh masak apa saje korang suka (Bahan mentah kena beli sendiri)

Distance dari Kinabalu Park ke Kinabalu Mt.Lodge ni dalam 1km sahaja. Jalan agak mencabar & simpang kena alert sebab kecik gila. Kitorang tido awal memandang subuh pukul 4am jadi 9pm kitorang dah tido.

Day 2: 10/9/2016 

Settle subuh sekarang nak bercerita pasal mandi 6.30am heater tak bukak lagi terpaksa mandi style jumpa bujang lapok buat sementara waktu. Dah siap mandi breakfast pulak, maggi soup kari sini memang sedap. Pada aku paling sedap didunia (Baru tahu nak bersyukur).

Kitorang pun berkenalan dengan Tina Beez dari Germany. Dia mai sorang je, time tu pulak hujan jadi berborak jelah berkenalan dulu apa yang patut. Kitorang pun bawak la dia berjalan area Kundasang tu. Dalam 1.30pm hujan dah berhenti kitorang pun keluar dari hostel. Sampai dah ke Kinabalu Park (Jarak hostel kitorang ke Kinabalu Park dalam 2km).

Huu sakan bergambar nya semua camera nak pakai kalau boleh haha! Fee nak masuk cuma RM3 for Malaysian (Nasib baik Tina dapat Malaysian fee) Start berjalan dari Kinabalu Park HQ ke Mountain View Trial dalam 3.5km-4km jugak berjalan. Dah sampai ke spot apa lagi kali kedua sakan bergambar. (Korang boleh pilih sama ada nak road walk atau trail, macam-2 trail ada susah & senang ada)

Settle bergambar balik semula ke Kinabalu Park HQ. Bila time nak balik takde la rasa perit sangat mungkin sebab menurun kot. Terus ke Kundasang dinner kat sana. View cantik sebab bertentangan dengan Mount Kinabalu.

Jadi selesai dinner balik ke hostel, bersihkan badan semua lepas tu 9pm dah tido dah. Esok hari nya nak bertolak ke Sandakan pulak. Memandangkan Tina pun nak ke Sandakan esok jadi dia pun follow kitorang sekali.

Day 3: 11/9/2016 

Bangun untuh subuh, alhamdullilah cuaca baik gila breakfast maggi kari paling sedap then kejut Tina sebab nak gerak ke Sandakan. Jadi perjalanan ke Sandakan bermula.

Mula-2 singgah di Dairy Farm di Kundasang nak tengok view Mount Kinabalu. Memang cantik & tenang (feel the nature kot) lepas tu ke Ranau nak ke Poring Hot Spring. Kolam air panas dia biasa-2 je, kitorang hiking ke Langanan Waterfall dalam 3,700m perjalanan menegak. Longgar kaki terus.

Sangat berbaloi hiking trails extreme tu sebab view & vibe dia memang power gila. Mendaki dalam 2jam macam tu lah, turun kitorang 1jam je. Kitorang lunch dulu kat tepi jalan punya restaurant. Nasi putih tiga, tomyam ayam, kangkung goreng belacan, kari ayam, telur dadar & air manis tiga. Semua sekali RM25, tersangat murah & terimakasih kat Tina sebab belanja. (Thanks Tina!)

6.30pm kitorang bertolak ke Sandakan & kitorang sampai dalam 11.00pm. Hantar Tina ke hostel dia & kitorang pegi ke rumah kawan di Sepilok untuk tumpang rumah dia. Dah dapat katil tak cakap apa la senyum terus.

Day 4: 12/9/2016 

Hari ni Raya Haji di Sandakan sebagai seorang perantau.
Baru dapat rasa macam mana perasaan beraya di perantauan. Solat di masjid berdekatan & bertolak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan ll untuk acara korban.

Settle dah korban kitorang ziarah rumah kawan di Sandakan (Jay). Dia hidangkan burasak kat kitorang, macam lepat pisang konsep dia tapi style ketupat. Dengan rendang ayam, rendang daging & kari ayam. Speechless sedap gila, katanya time Raya sahaja ada burasak ni. Bertuah kitorang dapat rasa.

Suasana di Sandakan memang meriah, penuh orang kat bandar pakai baju raya. Kelip-2 haa. Lepas tu singgah kejap kat hostel Tina sebab dia tertinggal stoking alang-2 say goodbye terus. 3.30pm baru kitorang bertolak ke Semporna.
Sampai di Semporna dalam 7.30pm. Carik hostel dulu, thanks to Tina sebab dia tolong carikkan hostel kat Semporna ni. Atine Backpacker Hostel RM30 per night memang murah include breakfast. Badan pun dah penat jadi tido esok panjang cerita.

Day 5: 13/9/2016 

Awal bangun hari ni sebab nak manage boat & accommodation kat Pulau Mabul. Jadi banyak benda kena buat call semua company yang boleh kasi harga terbaik. Jadi kitorang pilih Arung Hayat sebab pada kitorang cukup murah dah. RM120 per night 2 pax & return boat trip RM100.

Kitorang decide nak stay 4D3N di Pulau Mabul. Boat bertolak pada pukul 9.00am, perjalanan ambil masa 1jam 30minit je. Persekitaran, air & suasana memang speechless. Sangat tenang. Arung Hayat jugak sediakab snorkelling atau diving. Jadi saya suggestkan Arung Hayat di Pulau Mabul (0128229984 Bro Anip)

Hari ni tak buat aktiviti je. Cuma nak banyak rehat sebab sebelum-2 ni memang tak cukup tido. Mungkin esok baru buat aktiviti.

Day 6: 14/9/2016 

Pagi kitorang bangun breakfast dulu 9am nak snorkeling. 1 point RM50 (fully equipments), 1 point 1jam sahaja. Kitorang pilih 2 points jadi RM90. First point Reef point & second point Warrior point.

Jangan risau guide ada Bro Anip, Bro Hanafi, Bro Nasir & Bro Canon. Diorang memang master divers dah jadi jangan risau. Corals, ikan, penyu & shark semua muncul. Korang boleh nampak clear. First point 10.00am settle & lunch time dulu. 1.00pm baru ke second point, Warrior point banyak muncul penyu & shark. (Shark tak makan orang jangan risau)

Selesai second point 2.00pm & rehat dulu sebab 4.00pm bro Hanafi nak bawak kitorang ke Kampung Mabul. Jalan-2 tengok kawasan Pulau Mabul macam mana. Pada aku menarik sebab culture yang berbeza. Tengok budak-2 kecik bogel main tepi pantai. Pulau ni kecik je 30minit boleh pusing satu pulau.

6.00pm terus ke Arung Hayat balik sebab nak tengok sunset.
Alhamdullilah cuaca baik, terang tengok sunset. Malam ni awan kurang jadi dapat tengok bintang terang. Nasib baik dapat tengok Milky Way.

Day 7: 15/9/2016 

Hari ni bangun tak berapa nak awal jugak sebab takde plan nak buat apa. Cuma nak relax je hari ni. Breakfast dulu lepas tu plan nak buat apa. 3.00pm kitorang start mandi laut kat area Arung Hayat ni
5.00pm kitorang jalan-2 area Kampung Mabul saje carik souvenir & air kepala fresh. Layan sunset lagi malam ni buat kali terakhir esok dah nak balik ke Semporna.

Malam ni tido awal lepas dinner, esok boat balik ke Semporna 10.30am. Jadi kena banyak rehat masih jauh perjalanan.

Day 8: 16/9/2016 

Bangun macam biasa tak awal & tak lewat. Boat nak balik ke Semporna 12.00pm, jadi kitorang siap breakfast dulu. Lepas tu packing barang semua, lepak dengan bro Canon dulu.

Boat pun dah sampai, perjalanan 1jam 30minit jugak ke Semporna. Kitorang terus shoot ke Kundasang. Perjalanan dalam 8jam jugak drive dari Semporna.

11.00pm kitorang sampai di Kundasang. Chalet & dorm semua fully booked, nasib baik ada Kinabalu Mt.Lodge. Boleh tumpangkan kitorang kat lobby sebab hostel dia pun penuh. Terus tido rehat tak larat.

Day 9: 17/9/2016 

Bangun awal bila kat sini, breakfast dulu. (Maggi paling sedap) Kitorang bertolak ke Kota Kinabalu dalam pukul 11.00am, sampai kat Kota Kinabalu dalam 1.30pm dah sampai dah.
Sesi mencarik hostel dulu, jumpa Halo Hostel di Kota Kinabalu. RM40 sahaja per night dorm aircon. Bersih, selesa, staff friendly & makanan pun sedap jugak. Dekat dengan town Kota Kinabalu ni jalan kaki je.

Hari ni rehat banyak kat hostel sebab selalu tak cukup tido. Jadi esok baru buat aktiviti.


Day 10: 18/9/2016 

Hari ni jalan-2 area Api-Api Centre dengan Tina & Lisa (adik Tina). Breakfast kat Kedai Kopi Yee Fung makan laksa, lepas tu banyak berjalan ke Suria Sabah Mall. Hari ni takde plan jugak jadi pusing-2 kat dalam Mall.

Untuk dinner kitorang ke Seafood Place, Kota Kinabalu Waterfront. Tips kat sini pegi semua kedai & tanya harga mana yang terbaik. Ada masa mahal & ada masa murah. Kena pandai negotiate.

Jadi kitorang order ketam 800g, kepah 500g, kerang 500g, udang 500g, seaweeds 50g, bendi goreng & nasi empat orang. Air manis 5 cawan, total semua sekali RM110. Jadi boleh refer gambar dibawah/di atas banyak portion diorang kasi.

Aku 9.30pm pegi jogging area Kota Kinabalu dengan Tina. Saje nak uji stamina aku lepas tak sebab dah lama tak aktif bersukan. Nampaknya tergendala jugak pernafasan aku. Tewas jugak dengan Tina.

Hari esok plan nak ke Pulau Sapi. Jadi hari ni tido awal dah, esok nak bangun pagi.

Day 11: 19/9/2016 

Hari ni bangun awal sebab plan nak ke pulau area Kota Kinabalu. Jadi kitorang decide nak ke Pulau Sapi. Fee dia dalam RM27 return trip termasul jetty fee. Lepas tu bila sampai kat Pulau Sapi kena bayar RM3 per person untuk fee taman laut.

Jadi kitorang sewa snorkeling mask & fins untuk RM10 per person sahaja. Jadi memang murah harga dia. Boat kitorang bertolak 12.00pm & perjalanan dalam 1jam sahaja. Aktiviti kat pulau tu boleh dive, snorkeling, flying fox & banyak lagi.

Kitorang cuma snorkeling area situ je. Seronok jugak air pun cantik & clear je. 3.50pm kitorang kena be ready kat jetty dah. Lepas tu pekena seafood lagi buat kali kedua. Kali ni versi ikan je.

Kitorang order Pirate Fish, Chicken Fish, Stingray, kangkung goreng belacan, nasi putih empat & air manis empat baru RM135. Ikan size besar-2 kitorang ambik. Aku recommend Gerai Jumbar kat Seafood Place, Kota Kinabalu (014-3726702).

Malam pulak Alex lepak dengan kawan dia kat Kota Kinabalu. Aku berjalan dengan Tina & Lisa area Bandar Kota Kinabalu ni. Night market ada dimana-2 je. Jual souvenir, pakaian bundle, seafood lagi, kerepek-2 & banyak lagi la.

Settle berjalan 11.30pm dah sampai hostel dah penat nak tido. Kitorang pun balik hari esoknya, jadi nak tido awal cukup rehat. Packing barang lagi.

Day 12: 20/9/2016 

Hari nak pulang ke Kuala Lumpur pun dah tiba. 11 hari 10 malam di Negeri Bawah Bayu, Sabah memang banyak experience, adventure & kawan-2 baru. Flight balik kitorang 10.55pm banyak masa lagi nak lepak kat Kota Kinabalu ni.

Jadi lepak hostel je sampai petang sikit kitorang ajak Tina & Lisa dinner sama-2 kat Seafood Place lagi. Lepak buat kali terakhir sebab lepas ni bila lagi nak jumpa kan. Settle makan, lepak borak panjang gelak je. Share macam-2 cerita. Have fun gila malam ni.

Lepas tu tiba la masanya untuk kitorang pegi. Agak sedih jugak nak hadap tapi kitorang kental. Say goodbye buat kali terakhir, harap jumpa lagi masa akan datang. Sampai di KKIA check in flight, pulangkan kereta. Terimakasih kepada Ery sebab kasi kitorang pakai kereta selama 11 hari di Sabah.

Lepas tu ...... Goodbye to Sabah, semoga jumpa lagi.

Disini aku listkan pelaburan berlaku (Tidak termasuk makan) :


1) Flight : RM240 + RM110 (Extend) = RM350
2) Kereta Sewa (Viva Manual) : RM300
3) Petrol : RM150
4) Kinabalu Mt.Lodge : RM140 -2 nights-
5) Kinabalu Park : RM3 per person
6) Poring Hot Spring : RM3 per person
7) Atine Backpacker Hostel (Semporna) : RM30 per night
8) Arung Hayat : RM100 (Return boat trip to Mabul Island) RM360 -3 nights- RM90 -2 points snorkeling-
9) Halo Hostel (KK) : RM120 -3 nights-
10) Sapi Island : RM27 per person (Return boat trip) RM3 -Jetty Fee- RM10 -Mask&Fins- RM3 -Marine Park Fee-


Review ni memang tak budget pun tapi just nak share kalau ada yang nak ke salah satu tempat di Sabah boleh refer disini. Mana tau ada yang boleh membantu nak kesana nanti. Agak panjang sikit review ni yang rajin nak baca silakan. Sampai disini sahaja review saya. Assalamualaikum. -Siakap Keli






Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "