Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sultan Kelantan Dipilih Sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15

14 Okt 2016


KUALA LUMPUR, 14 Okt: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mulai 13 Disember 2016 untuk tempoh 5 tahun, dalam satu pengumuman selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas ke-243 di Istana Negara, hari ini.

Dalam masa yang sama, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong mulai 13 Disember 2016 bagi tempoh 5 tahun menggantikan Sultan Muhammad V.

Pemilihan tersebut dilakukan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242, yang berlangsung di Istana Negara hari ini.

Ketika ini, jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 yang disandang Tuanku Abdul Halim berkuat kuasa 13 Disember 2011, akan tamat tempoh perkhidmatan pada 12 Disember ini.

Berdasarkan sistem penggiliran yang ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.


Sultan Muhammad V sememangnya terkenal dengan sifatnya yang merendah diri dan senang untuk didekati rakyat.

Malah, foto-foto baginda yang memakai pakaian seperti 'orang-orang biasa' banyak dikongsi di media sosial dan menerima pujian dari rakyat jelata.

Sumber: FMTUtusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "