Sepang - Seorang parah manakala 34 lagi cedera apabila bas kilang yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Desa Pinggiran Putr dekat sini pagi tadi.
Dalam kejadian 7 pagi itu, bas membawa pekerja asing itu dalam perjalanan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menghala ke Alamanda, Putrajaya.
Tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya telah digegaskan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 7.10 pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan semua mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, tayar kiri bas pecah menyebabkannya pemandunya hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik.
"Kami menerima panggilan pada 7.10 pagi dan dua jentera bomba dengan kekuatan tujuh anggota tiba di lokasi pada 7.24 pagi," katanya.
Sumber: Harian Metro
[Video] 34 cedera, seorang parah selepas bas kilang terbabas dan terbalik di Persiaran Selatan, Putrajaya pagi tadi - @bombaJBPM pic.twitter.com/31KoC8VLbM— BERNAMA (@bernamadotcom) October 14, 2016