Thailand, 13 Okt - Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej disahkan mangkat hari.
Baginda disahkan mangkat pada usia 88 tahun selepas pihak istana mengeluarkan kenyataan bahawa baginda berada dalam keadaan 'tidak stabil' pada Ahad lalu.
Pengesahan kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej disahkan oleh Biro Keraja Diraja hari ini sebagaimana lapor portal Xinhua.
Baginda dilapor menghembus nafas yang terakhir di Hospital Siriraj pada jam 3.52 petang tadi (waktu tempatan).
Raja Bhumibol Adulyadej ditabalkan menjadi raja pada tahun 1946 dan memecah rekod pemegang takhta paling lama dalam sejarah Thai iaitu selama 70 tahun.
Raja Bhumibol dilihat bapa penyatuan dan sumber kestabilan kepada negara Thailand yang telah mengharungi berbelas-belas rampasan kuasa sejak baginda ditabalkan ketika di usia 18 tahun.
Putera Mahkota Vajiralongkorn dijangka akan ditabalkan sebagai Raja Rama X selepas kematian Bhumibol diumumkan secara rasmi. - Siakapkeli.my
BREAKING: Thailand's King Bhumibol Adulyadej, world's longest-reigning monarch, has died - palace statement— Reuters Top News (@Reuters) October 13, 2016
#BREAKING: Thailand's King Bhumibol Adulyadej passes away at age of 88 : Bureau of Royal Household (web pic) pic.twitter.com/hRjmLquOTQ— China Xinhua News (@XHNews) October 13, 2016