Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Sudah Banyak Tip Melancong Bersama Anak, Tapi satu Pun Tak Berkesan", Mungkin Tip Ini Dapat Membantu Anda

18 Okt 2016
No Comment

Sudah semestinya jika melancong bersama anak kecil ianya akan memberi seribu satu cabaran, lagi-lagi jika melancong menggunakan penerbangan. Jadi, ibu bapa akan membuat persediaan yang sebaik mungkin agar anak kecil atau bayi tidak meragam kelak sewaktu penerbangan.

Namun begitu, tidak semua anak kecil mempunyai ragam yang sama, sudah semestinya tumpuan anak berbeza,dan mungkin pernah mengikuti tip sebelum ini, tetapi tidak begitu berkesan.

Untuk membantu anda, memahami kehendak anak, atau cara lain yang boleh dilakukan jika melancong bersama anak kecil, mungkin anda boleh ikuti tip ini, yang dikongsikan oleh puan Nurul Saiyidah Sarkawi dalam pengalaman yang dilaluinya sewaktu melancong bersama anaknya.


PERINGATAN : Setiap anak lain ragam/perangainya~ Ini hanya sedikit perkongsian berdasarkan pengalaman kami

TIPS TRAVEL BERSAMA ANAK



1. Bawa toys/download song vdeo/cartoon kegemaran anak

-Bila travel mmg kami TERPAKSA bg Izz ipad cz takut dia bosan dlm flight..
-Bawa mainan kegemaran anak..so xdelah anak duk layan ipad je..mcm Izz mmg kaki mainan..so mmg kami bawa mainan yg Izz suka.

2. Basinet

-Untuk yg travel bawa baby umur bawah setahun..better minta basinet so anak dpt tidur dgn lebih selesa dlm flight...


3. Baby carrier/baby buggy

-Masa kami travel ke Korea (Izz baru 1tahun so larat lagi ummi nk angkut dlm carrier~lebih mudah nk travel)
-TAPI utk ke HK baru ni Izz dah 3tahun, nk angkut dlm carrier pn dah xlarat & Izz dah pandai merungut & kami kenal sgt dgn Izz yg xsuka berjalan..so terpaksa bawa buggy yg ringan & senang lipat..alhamdulillah mmg berbaloi kami bawa buggy kdg boleh bantu kami angkut barang skali..hihi


4. Bekalan Susu/snacks (if BF lg senang!)

-Bila travel ke negara yg kita susah nak dpt makanan halal~ better bawa biskut/pape snacks utk anak alas perut so thats xdelah anak meragam bila lapar & make sure bekalan susu mencukupi sepanjang tempoh bercuti di negara org~ tetibe teringat susu Izz habis masa kt Korea aritu..huhu (nightmare juga!)

5. Masa 'take off'

-Selalu mmg kita baca, waktu taje off kene paksa anak mnum susu tp ia xberapa menjadi utk Izz waktu 2bulan aritu~ so utk kali kedua fly ke Sabah aritu..kami tarik perhatian Izz dgn toys yg berlampu..so far ok :)
-Masa g HK baru ni lg senang sbb dah besar..Izz sndiri ckp telinga sakit so dia sndiri tutup/gosok2 telinga :)

6. Buat perjanjian!

- Ada masa kami berhadapan dgn mood Izz yg xberapa baik~ so terpaksa buat PERJANJIAN!
-Kalau Izz behave~ummi abah akan belanja something (terpaksa! Haha) TAPI ia menjadi!!

Yang paling PENTING adalah parents kene sediakan MENTAL & FIZIKAL yg kuat bila nk travel dgn anak2~ ni baru sorang, (tp kami masih xserik..haha). Semoga memberi manfaat.

Anda mungkin boleh menggunakan tip ini dalam membawa si kecil untuk melancong bersama anda. Namun begitu, ianya sudah pasti memberi perbezaan pada si kecil, iya lah, anak kecil pun punya karenah mereka tersendiri, jadi mungkin pendekatan yang berbeza seperti ini, boleh membuatkan anak kecil anda tenang sewaktu melancong. - Siakap Keli

BACA: Boleh Ke Bercuti Di Musim Sejuk Dengan SI Kecil? Ikuti Tips Ini Untuk Melancong Bersama Bayi Di Musim Sejuk
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "