Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sanggup Biarkan Tangan Patah Tanpa Rawatan Demi Sara Anak Baru Lahir Dan Isteri Dalam Pantang

15 Okt 2016
No Comment

Hidup di dunia, ada kaya, dan ada yang memerlukan, ramai sebenarnya orang memerlukan bantuan di luar sana.

Tidak kira bangsa atau agama, jika ada yang susah bersamalah kita bantu membantu kerana mungkin hari ini hari mereka susah kita tolong, mungkin satu hari kita pula susah ada orang yang menolong.

Dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Ami Tanjung kisah seorang lelaki yang sanggup mengabaikan rawatan tangannya yang patah demi untuk terus mencari rezeki menyara anaknya yang baru lahir dan isteri dalam pantang.

Jom kita baca.

Sanggup biarkan tangan patah berpanjangan demi anak dan isteri

Tolong bantulah dia!

MOHANA A/L RAMAMORTHY

29 tahun/india/lelaki

Kalau ditanya kenapa dia tak pegi dapatkan rawatan perubatan untuk tangannya, masa tu dia menitiskan air mata, sebab rasa tak sanggup nak berbuat apa. Masa ambik gambar pun, dia tengah menitiskan air mata lagi.

Tangan patah dah 6 bulan, tapi tak mampu bayar biaya perubatan, terpaksa biarkan tangan dia patah supaya boleh beri makan anak isteri dan bayar sewa rumah..

Kerja Driver bus, gaji kecil, menikah 9 tahun, baru dapat anak seorang yang baru lahir 31/8/16 (hari merdeka).

Isteri tengah berpantang, tangan patah dan ni jatuh semalam dekat area yang patah tu. Allahu Rabbi.. Kasihanilah beliau

Kawan kawan yang nak membantu, boleh contact beliau di talian ni (saya minta dia benarkan untuk viralkan kisah dia, sebab dia kena pikirkan masa depan anak dia sekiranya tangan dia sebagai penyara keluarga dibiarkan patah tanpa sebarang usaha perubatan)

Kepada rakyat Malaysia yang ingin membantu boleh sumbangkan ke 1014429000009843 (BSN) atas nama Mohana Das a/ l Ramamorty atau hubungi beliau di 018-3652523.

Ramai yang menyatakan rawatan di Hospital kerajaan murah, tapi mungkin bagi beliau apabila tangan disimen menyusakah pergerakan beliau untuk mencari rezeki.

Apapun jom kita bantu beliau, jangan persoalkan adakah pihak lain telah bantu beliau, tapi tanya apa yang kita buat untuk bantu beliau. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "