Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Berjaya Tahan Suspek Kes Rompak Bersenjata

12 Okt 2016
One Comment

Petaling Jaya: Pihak Polis Diraja Malaysia hari ini telah berjaya menahan suspek kes rompak dua wanita di hadapan pos pengawal di perumahan di Ara Putra, Ara Damansara, 5 Oktober lalu, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek yang berusia 17 tahun telah berjaya ditahan di Bandar Kinrara, Puchong, hari ini.

Dia telah menjadi buruan polis sejak video dia merompak menggunakan parang viral di laman sosial tersebar.

"Hasil risikan dan maklumat yang diterima, polis menahan suspek di rumah di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara, Puchong.

"Suspek diserahkan kepada IPD Petaling Jaya untuk siasatan lanjut," katanya.

Suspek berusia 17 tahun itu ditahan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serdang, kira-kira 10 pagi tadi. - Siakapkeli.my

Baca: Rakaman Lelaki Berparang Rompak Pemandu Wanita Di Ara Damansara, Suspek Kini Diburu Polis
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. masya allah... org umur 17 tgh ready nk spm dia plak ready nk rompak org... mmmm mana pegi mak ayah dia niii???

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "