Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelancong Maut Dilanggar Bas Dipercayai Ketika Cuba Melintas Jalan

26 Okt 2016


Kuala Lumpur, 26 Okt: Seorang pelancong wanita warganegara Poland maut selepas dilanggar bas dalam kejadian di Jalan Tan Cheng Lock berhampiran dengan Wisma Megah kira-kira 1 tengahhari tadi, lapor Harian Metro.

Menurut Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Shafie Daud, siasatan awal mendapati bas yang dipandu oleh pemandu berusia 54 tahun itu cuba membelok ke kanan dari Jalan Tun HS Lee menghala ke Jalan Tan Cheng Lock.

Ketika itu, mangsa, Daiana Helena Paczkowska, 23, dipercayai cuba melintas jalan tersebut sebelum dilanggar di lorong kiri.

"Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menggunakan ambulans untuk mendapat rawatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di wad kecemasan.

"Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kemalangan dan lokasi kemalangan bukan laluan pejalan kaki. Jarak antara laluan pejalan kaki dengan lokasi mangsa dilanggar adalah 10 meter," katanya lagi.



Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "