Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Muka Ayu Macam 'Barbie', Badan Sado Macam The Rock

17 Okt 2016
No Comment

SARATOV - RUSIA - Antara impian wanita adalah memiliki badan yang ada bentuk dan kurus ramping supaya kelihatan sentiasa ayu molek.

Namun tidak bagi seorang bintang kecergasan di Rusia, Julia Vins, 20, yang kini sudah mempunyai pengikut seramai 325,000 orang di Instagram.

Julia, pernah memecah rekod 'World Powerlifting Congress' untuk kategori 'squatting' seberat 215kg, 'bench pressing' seberat 120kg dan 'dead-lifting' seberat 190kg.

Namun dia popular bukan kerana rekodnya itu, tetapi keunikan memiliki wajah 'barbie' tetapi badan yang sado.

Menurut Julia, dia mula menjinakkan diri ke gim sejak berumur 15 tahun dan mula mengikut lelaki-lelaki di sana melakukan latihan.

Di gim, saya jumpa lelaki berbadan paling besar di sana dan mengikut latihan yang dilakukannya berulang kali.

“Saya adalah bukti bahawa anda boleh menjadi comel dan juga boleh mengangkat berat pada masa yang sama menggunakan steroid,” katanya sebagaimana lapor Mirror.

Gadis itu juga memberi penghargaan kepada teman lelakinya yang banyak memberi sokongan dan latihan biarpun profesionnya itu tidak dipersetujui ramai lelaki lain.

Ramai bertanya kepada saya bahawa saya boleh menjadi seorang model dengan wajah saya ini dan mengapa saya merosakkan tubuh badan saya.

Selalunya, komen ini dibuat oleh manusia yang tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka, oleh itu saya tidak mengambil berat pendapat mereka itu,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, tanggapan masyarakat tentang wanita di Rusia tidak akan berubah di mana mereka menganggap fungsi wanita hanyalah di rumah dan di dapur sahaja.

Ketika saya mengembara ke benua Eropah dan Asia, saya perasan bahawa orang di sana lebih hormati saya dan walaupun mereka tidak suka dengan apa yang saya lakukan, mereka masih menghormati pilihan saya,” katanya.

Sumber: Sinar Online






Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "