Adelaide District Court |
Seorang pedofil dijatuhi hukuman penjara selepas dia mengaku kepada isterinya bahawa dia telah mencabul anaknya, anak tiri, anjing peliharaannya dan ayam.
Lelaki yang berusia 20-an itu telah dijatuhi hukuman penjara enam tahun tujuh bulan selepas membuat pengakuan tentang jenayahnya itu di mahkamah Adelaide.
Lelaki terbabit mengaku mencabul anak perempuannya ketika berusia berusia 3 tahun. Anak tirinya pula dicabul ketika berusia antara sembilan da 11 tahun.
Selain itu, lelaki terbabit turut mengaku merogol ayam dan anjing peliharaannya, menurut ABC.
Bekas isteri lelaki tersebut berkata: "Kami tidak lakukan apa-apa kesalahan; anak kecil saya tidak sepatutnya menerima perlakukan kejam ini di badan dan hatinya".
Mahkamah juga diberitahu lelaki berkenaan pernah melakukan perhubungan seksual dengan anjing selain turut menjadi mangsa cabul ketika kecil. - Siakapkeli.my
Sumber : Metro.co.uk