Sharjah: Seorang suami bertindak menceraikan isteri yang baru dikahwini buat beberapa hari selepas dia terlihat wajah isterinya itu tanpa mekap buat pertama kali di pantai.
Kisah sadis itu diceritakan oleh seorang ahli psikologi yang bertanggungjawab memberi kaunseling kepada wanita itu yang mengalami penderitaan psikologi selepas penceraiannya.
Suami yang berusia 34 tahun itu menceraikan isterinya yang berusia 28 tahun hanya kerana dia 'percaya' bahawa isterinya itu tidak secantik sebelum berkahwin dengan alasan si isteri menipunya dengan pelbagai barangan kosmetik termasuk bulu mata palsu.
Dr. Abdul Aziz Asaf, konsultan psikologi memberitahu Gulf News bahawa kliniknya menerima permohonan dari wanita tersebut untuk membantu dalam menangani penderitaan psikologi selepas penceraian tersebut.
Menurut laporan itu lagi, mereka difahamkan bahawa si suami membawa isterinya ke pantai Al Mamzar untuk berenang secara santai namun ia menjadi detik tragis apabila muka si isteri mulai basah menyebabkan mekap di wajahnya tertanggal.
Si suami mendakwa dia tidak dapat mengenali isterinya lagi selepas mekap itu tertanggal.
Dr. Asaf berkata, si isteri berniat untuk memberitahu si suami tentang perkara sebenar tentang dirinya tapi sudah terlambat.
"Si suami dengan serta merta menceraikan isterinya dan tidak mahu cuba untuk kembali bersama", kata Dr. Asaf.
Menurut Dr. Asaf lagi, wanita terbabit memakai bulu mata tiruan dan menjalani pembedahan kosmetik sebelum perkahwinan.
Sumber: Gulf News