Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan.
Tapi jika dilihat dalam masyarakat kita kini solat Istikharah kebanyakkan hanya dilakukan ketika ingin memilih pasangan yang betul untuk dikahwini.
Semalam dunia hiburan kita dikejutkan deengan kenyataan seorang pengarah yang sanggup menceraikan isterinya yang merupakan seorang penyanyi dan bercinta dengan orang lain selepas perempuan itu muncul dalam Istikharah.
Perlakuan berkenaan dilihat agak keterlaluan menggunakan nama agama untuk menghalalkan apa yang tidak sepatutnya dilakukan.
Seorang lelaki bernama Muhammad Rusydi telah tampil membuat teguran mengenai tingkah laku akhir zaman ini yang disifatkannya sebagai penunggang agama.
ISTIKHARAH CINTA YANG MENYIMPANG
Melalui mafhum hadis Nabi s.a.w., ''...tidak sia-sia orang yang beristikharah dan tak menyesal orang yang bermusyawarah (berbincang).''
Di zaman couple terhangat ni, di zaman A***Cenel mengangkat ikon-ikon couple untuk dicontohi ke persada viral -- printscreen sweet, gaduh, rajuk pui, gambar-gambar kapel di IG -- padahal semuanya belum nikah.
Maka, istikharah yang asal tujuannya suci --- iaitu memohon petunjuk Ilahi, serah segala kepada-Nya. Allah penentu baik dan buruk. -- tiba-tiba telah disalahgunakan para mereka yang hanyut bercinta.
Mari semak kesalahan istikharah cinta kita.
1. Mabuk cinta.
Dia buat istikharah dalam keadaan dia mabuk dilamun cinta pada seseorang itu dan seseorang itu juga berperasaan yang serupa. Kemudian, istikharah minta nama orang dicintainya.
Dia tidur dalam keadaan dia gila bayang pada si fulan itu. Resultnya, majoriti nampak orang yang diingini.
Dia mimpi nampak orang yang dia suka dalam tidurnya. Dia kata orang tu rindu dia kononlah. Padahal otak dia yang ligat fikir benda yang sama. Pasti imej itu terawang-awang dalam kepalanya.
2. Istikharah sebagai cara mengurat.
"Assalamualaikum awak. Saya istikharah dan nampak awak dalam tidur saya. Dah sebulan saya istikharah."
Tetttt!
Kamu penunggang agama. Sebab gambar dia papar tu lawa, so dengan mainkan agama, kamu nak pancing dia. Cara kuno bro. Cuba lagi. Zaman forum iluvislam bolehlah kot.
3. Istikharah sebagai jalan berpisah.
"Saya dah istikharah dan saya nampak orang lain."
Dah bercouple lebih setahun. Dah keluar dating dah semua. Tiba-tiba, istikharah sebagai solusi move on?
Nope.
Istikharah bersama nafsu syaitan. Dan ya, syaitan win dalam mimpimu.
Nak berpisah, jangan libatkan istikharah. Bertanggungjawablah bro.
4. Cancel perkahwinan, pertunangan kerana istikharah.
Ini juga salah satu cabang syaitan. Persiapan semua dah buat. Bercinta pun sudah. Tiba-tiba di saat-saat akhir, nak cuba buat istikharah dan dalam mimpi tak nampak petanda. Buat lagi dan nampak orang lain pula.
Maka, cancel sebab istikharah.
Tak valid istikharah tu.
Teruskan saja pernikahan. Jangan hancurkan hati orang lain dan menyusahkan seluruh keluarga orang dan keluarga kita dengan mainan mimpi semata.
Sebab, tak pasti lagi mimpi itu sahih atau tidak.
Utamakan realiti sebelum mimpi.
Kita pendosa dan tak mustahil syaitan berupa apa saja dalam mimpi.
AKHIR KALAM
Buatlah istikharah dalam keadaan:
-- hati tenang
-- bersih dari dosa kecil dan besar
-- memang betul-betul harap keredhaan
-- tidak condong kepada mana-mana perasaan
-- tidak dipengaruhi keinginan hati
Istikharah adalah alternatif. Yang lebih utama adalah tindakan, usaha, tanggungjawab, amanah, akhlak, dan adakah kita sediakan diri dari sudut agama semantap mungkin ke alam perkahwinan.
Kita ada otak yang rasional. Jangan terus condong kepada mimpi yang sekali dua kita buat sedangkan dalam masa yang sama hati kita sendiri tidak suci, tindakan kita juga tidak selari dengan agama.
You syok kapel dah, tiba-tiba nak istikharah -- selari celah mana?
Kamu dan dia boleh berdua bersatu.
Tapi maksiat dan ibadat tiada jalan bersatu.
Usah peralatkan istikharah demi cinta kita yang tak berapa suci.
Sekian.
- Siakapkeli.my
kahkah.. ni bagi sebijik kat pasangan cinta istikarah yg sedang hangat bergosip sekrang..
BalasPadam