Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ikuti 7 Langkah Mudah ini Untuk Buat Bayaran PTPTN Secara Online

21 Okt 2016
No Comment


"Tak sempat lah, esoklah aku pergi PTPTN".

Itu antara dialog peminjam yang sukar membuat bayaran balik pinjaman disebabkan masalah masa.

Tidak dinafikan, aktiviti harian menyebabkan kita kadang-kadang lalai dan terlupa untuk melangsaikan hutang tertunggak sehingga boleh menyebabkan risiko nama peminjam di senarai hitam imigresen.

Bukan itu sahaja, masalah peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman juga boleh mendatangkan kesan kepada bakal-bakal peminjam di masa hadapan kerana dana yang diperuntukkan itu tidak dapat digunakan semula.

Peka dengan masalah kesuntukan masa yang dihadapi oleh peminjam, PTPTN telah pun membuat kerjasama dengan beberapa bank tempatan untuk memudahkan proses bayaran balik pinjaman pelajaran itu.

Ianya dapat dibuat dalam hanya 5 minit sahaja, ketika waktu rehat, lepas waktu pejabat, sebelum masuk pejabat atau lain-lain waktu yang terluang.

Berikut adalah 7 langkah mudah untuk membuat bayaran balik PTPTN melalui CIMB Clicks sebagai contoh.


1 - Layari laman web CIMB Bank Berhad  - https://www.cimbclicks.com.my dan masukkan kata laluan dan kata kunci anda.
2 - Pilih Pay Bills 

3 - Klik From  -> “Saving Account kemudian klik pada CIMB Cliks. Selepas itu taip PTPTN dan pilih PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan.

4 - Pastikan semua butiran betul kemudian tekan Submit.

5 - Setelah itu, isi butiran-butiran pembayaran di skrin berikutnya.
    - Borrower IC Number (Contoh: 880921146889)
    - Telephone Number (Contoh:01123456789)
    - Amount (RM): (Contoh : 200)
    - Klik √ Add this biller to My Favourite Untuk tujuan pembayaran berkala 
    - Klik Proceed to Payment 



6 - Selepas memastikan kesemua butiran yang dimasukkan tepat, klik pada Request TAC Number dan masukkan nombor TAC yang dihantar oleh pihak bank.

7 - Akhir sekali, klik pada butang Submit dan cetak atau simpan resit sebagai bukti pembayaran.



Selain CIMB, bayaran balik pinjaman PTPTN dapat juga boleh dilakukan di beberapa servis Online Banking lain seperti Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Public Bank, RHB Bank, Pos Online, Affin Bank, Ambank, Agro Bank, dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara-cara pembayaran balik pinjaman secara atas talian bolehlah layari http://www.ptptn.gov.my/web/guest/bayaran-secara-online atau boleh terus hubungi talian 03 - 2193 3000 untuk bantuan.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "