Dapat bercuti bersama teman dan keluarga, dengan selesa menaiki caravan sudah pasti satu perjalanan yang tidak dapat dilupakan, lagi-lagi jika pengalaman tersebut pertama kali dilakukan.
Admin ingin kongsikan, pengalaman seorang gadis yang bercuti dengan menggunakan caravan, dalam menikmati kaindahan alam dan melawat tempat-tempat menarik sekitar Melbourne dan Sydney bersama 3 lagi rakannya. Jom kita tengok, apa yang menarik bercuti dengan caravan ini, perkongsian dari saudari Aqilah Hazirah, artikel sedikit panjang, tapi puas hati untuk dibaca.
Assalamualaikum. Last month saya dan kawan2 ada backpack caravan ke Melbourne dan Sydney. Siapa yang nak tahu tips and itinerary boleh laa baca dengan bersabar sebab panjang gilosss. Kalau berpinau mata boleh request pdf.
Banyak website boleh usha untuk cari caravan. Kami dapat caravan murah dekat vroomvroomvroom.com.au. Kami cari caravan seminggu sebelum trip dan Alhamdulillah ada caravan available dan harga berpatutan. Bolehlah, walaupun caravan umur dah lanjut. Tapi dinasihatkan untuk cari lagi awal sebab caravan ni banyak orang sewa. Sebulan sebelum kalau boleh.
Alert dengan liabilities reduction/bond masa nak book caravan. Liability reduction/bond ni masa amek caravan nanti kita kena swipe credit/debit card. Kami pilih liability reduction AUD 2000 = RM 6,200. Jadi amount dalam credit/debit card akan freeze. Lepas pulang caravan takde ape elok takde calar ketara atau accident dia akan unfreeze semula. Kalau accident taktau sebab kami bawak elok tertib atas jalan. Bagi yang takde credit/debit card yang ada amount secukupnya, boleh pilih zero liability reduction tapi sewa akan jadi mahal sikit.
Bagi yang amek caravan tempat lain pulang tempat lain (contohnya: pick up dekat Melbourne drop off dekat Sydney) akan ada one-way fee.
Peralatan dapur jangan risau semua dah ada lengkap seperti set cabinet dapur ikea. Hehee. Dari mangkuk, sudu, garpu, senduk, kuali, periuk, pisau, peti ais, oven, microwave, heater, mug, Haa.. apa lagi semua ada. Mak je takde. Sobs.
Lagi satu, jangan sumbat2 dalam caravan. Contohnya, travel 5 orang tapi sewa caravan untuk 3 orang je sebab nak murah. Kat sana tak boleh macam tu.
Untuk lesen, guna je lesen Malaysia okay je. Tak perlu pon pergi translate lesen. Kalau ada orang cakap kena translate kau buat keras hati je jangan peduli.
Lain-lain tips, ada caravan murah tapi tak include alat memasak dan sebagainya. Kena pandai cari. Caravan kami takde tandas. Sebab banyak public toilet. Kalau ada tandas lagi mahal. Takpe tahan sikit je yang penting jimat.
Jadi untuk kami, Caravan rental for 7days, Suitable for 4 persons, include cooking utensils and e-tag (mcm smart tag). Pick up point :Melbourne, return point : Sydney =A$622 (RM 1928/caravan)
Kalau naik caravan takyah sewa bilik, hotel, backpackers hostel ke tak payah. Sebab dalam caravan kan boleh tido. Itulah tujuan caravan park. Caravan park ni penting untuk charge electricity untuk caravan tu dan juga tambah air kat tangki. Air dah guna untuk masak, berus gigi, cuci pinggan. Electric pulak dah guna untuk cas phone, buka lampu, pasang heater waktu malam.
Caravan park ada jenis dia. Ada berbayar ada yang free. Kalau free tu toilet jelah dia ada. Jangan kau harap nak charge, refill air semua tu. Kalau yang berbayar ada lah semua facilities tu dan toilet pon best. Caravan berbayar yang biasa range harga dari AUD 25 = RM 77.50 hingga AUD 40 = RM 124/night. Ada jugak yang mewah sikit BIG 4 caravan park (tak.. ni bukan Big 4 audit firm tu bukann). Yang ni mahal sikit. Dalam AUD 60 = RM 186/night harga dia. Tp semua facilities ada. Ada swimming pool, bilik TV, WiFi, toilet yang bersih boleh golek-golek, taman permainan semualah ada.
Macam kami, kami letak ceiling price untuk berlabuh waktu malam. Jangan park dekat caravan park yang harga lebih dari AUD 40.
Paling senang install Wikicamps AU untuk cari caravan park sepanjang jalan. Dekat apps tu nanti dia akan bagitau caravan park tu harga berapa, boleh charge electric ke tak, ke sekadar caravan park untuk tengok view.
Untuk kami, akhirnya kami berlabuh dekat caravan park berbayar 2 kali je. Satu dekat Princetown Recreation and Reserve area Great Ocean Road (AUD 30) dan River Cove Tourist Park (AUD 60) dekat Sydney. Total caravan park AUD 90 = RM 279
Habis hari lain tido mane? Kami tido caravan park free dan bila malam melabuhkan tirai kalau kami tak jumpa caravan park kami park je kat parking lot yang ada public toilet. Yang penting jangan park tido tepi jalan nanti polis saman.
3) Petrol
Setiap hari harga petrol lain. Setiap syarikat minyak pon harga lain. Kalau kat area kampung minyak murah berbanding dengan bandar. Jadi kami letak juga ceiling price. Boleh jugak download apps Fuel Map untuk tahu harga minyak (tapi tak accurate sangat) dan keberadaan petrol station berhampiran anda.
Kat sana trust basis. Kalau isi minyak, Isi dulu lepastu baru bayar. kalau kat Malaysia kau isi dulu lepastu tak bayar laa tu.Hahaa.
Jadi untuk kami, caravan full tank AUD 60 kalau area kampung. Kalau bandar lebih lagi lah. Petrol (Ikut harga stesen tapi kita kira genap ye) = AUD 70 (full tank) x 6 times = AUD 420 = RM 1260/ caravan.
Kami 3 kali je makan kedai. Yang lain masak sendiri lorh kan ada dapur. Terima kasih kepada team memasak . Dari Malaysia kami collect sorang RM50 beli semua food supply dan toiletries. Beras, perencah nasi goreng, perencah tomyam, roti, coklat, biskut, minuman 3in1, Mee segera (4 bungkus besar) Brahim’s (tapi lupa bawak, maafkan saya).
Dekat airport kena declare bawak makanan apa. Mudahnya, sediakan satu list makanan yang korang bawak. Waktu kami sampai sana pagi jadi tak strict sangat dia check. Kakak cantik tu tanya je “ada bawak apa-apa yang tak boleh bawak?” “takdeeeeee”
Kalau kat sana, boleh beli susu,roti,telur, tuna semua murah. Naik kembung perut minum susu. Lagi satu boleh pegi halal butcher beli SUJUK. Sujuk macam sausage sedap boleh makan dengan roti, letak dalam nasi goreng. Terima kasih Kak Eda (sepupu Fienaz) bagi kami try sujuk.
So budget untuk makan, Fish n chips (portion sgt besar jadi kami order 1 serving untuk 2 orang) = A$19 × 2set × 2 times = A$76. Kebab mix Grill set at Tiba'restaurant (dekat Brunswick) = AUD 40. Total AUD 116 = RM 359 untuk 4 orang.
Internet ni yang sayu sikit cerita dia. Kami amek internet Dodo dan swipe credit card masa beli. Tapi tak boleh guna pun. Jadi 3 hari berjalan guna map. Ini telah membuktikan stereotype wanita tak reti baca peta itu tak betul ye wahai kaum adam. Untuk yang elok service internet dia boleh pilih OPTUS.
Tapi kami amek Vodofone sebab kedai OPTUS ramai orang. Jadi internet, 4gb = AUD 30 = RM 93 sekali dia bagi modem boleh hotspot . Sorang kena jadi pengawas takut ada yang scroll instagram abes data kat dia je nanti. Hehee. Tapi elok amek OPTUS la sebab Vodofone ni buat perangai jugak tak boleh connect masa 2 hari terakhir.
Please note; kat sini start terang pukul 6 pagi dan gelap pukul 5.00 petang camtu.
Please note; kat sini start terang pukul 6 pagi dan gelap pukul 5.00 petang camtu.
Day 1- Melbourne
8.00 a.m - sampai dekat airport Tullamarine, Melbourne
8.30 a.m – pergi Broadmeadows rumah Kak Eda hantar minyak Afiat
11.30 a.m – amek caravan dekat Ringwood (satu jam dari Broadmeadows). Return journey dalam 3 jam.
4.00 p.m – bergerak pergi The Grampians dari Broadmeadows (3 hours driving)
Night – tido dekat Green Hill Lake caravan Park (free)
(transport untuk hari ni anak Kak Eda tolong amek hantar)
4.00 a.m – bergerak ke The Grampians National Park. Gerak awal sebab dah lari dari jadual sebenar.
-Mackinzee Falls
-hiking Mounts William
10.30 a.m – bergerak ke Great Ocean Road. Disebabkan kami guna peta. Jadi kami lalu jalan jauh. Tapi cantik boleh tengok kampung dengan ladang kambing.
11.30 a.m – sampai Dunkeld (kampung aman sentosa). Kami berhenti kejap masak lunch
12.30 p.m – sambung perjalanan ke Great Ocean Road
2.30 p.m – kami berhenti dekat Warnambool untuk solat zahor-asar
4.00 p.m - sampai Port Campbell National Park dekat Great Ocean Road. Kami bermalam dekat Princetown Recreation and Reserve (berbayar)
Kami habiskan hari ni dekat Great Ocean Road. (Lord Ard George, 12 Apostles, Wildlife Park, Apollo Bay dan semuanya) Semua attractions ni satu jalan tepi laut tu.
Untuk pergi ke Phillips Island dari Great Ocean Road kena lalu bandar Melbourne semula. Sebab dua tempat ni dipisahkan dengan laut. Tak terdaya rasanya nak bawak caravan naik feri.
11.00 a.m – gerak pergi ke bandar Melbourne (ambil masa 4 jam sebab sesat. Kan guna peta =|)
3.00 p.m – sampai bandar Melbourne. Cari Brighton Beach tak jumpa2 dan hari pon malam.
4.30 p.m – pergi Broadmeadows untuk marah internet Dodo. (ingat tak internet tak boleh guna. Kami beli kat Broadmeadows hari pertama sampai). Settle dengan Dodo kami amek internet Vodafone.
Malam – setelah meminta simpati kami tido rumah Kak Eda malam ni.
Kami round bandar hari ni (Queen Victoria Market, Luna Park, Bathing House Brighton Beach)
Nak beli souvenir dekat Queen Victoria Market murah dan berbaloi. Kami tak sempat naik tram.
12.00 p.m – bergerak ke Dandenong (Puffing Billy, National Rhododendron Garden)
4.00 p.m – bergerak ke Phillips Island
7.00 p.m - sampai Phillips Island dan bermalam di parking lot. Hehee.
Day 5
Hari ni jalan around Phillips Island (Koala Conservation Center, The Nobbies (cantik sangat), Penguin Parade, Chocolate Factory)
2.00 p.m - bergerak ke Sydney (drive gilir2 non stop, ETA: 12 hours, 999km). Highway dekat sini gelap sangat. Dari Melbourne ke Sydney separuh highway je ada RnR. Lepastu kalau nak berhenti kena singgah pekan.
3.30 a.m – sampai di Sydney. Masa ni internet buat perangai lagi. Jadi kami terpusing2 satu bandar cari toilet. Dekat bandar Sydney petrol station dia takde toilet.
6.00 a.m – sampai ke Bondi Beach. Bersiap dekat public toilet.
Hari ni dihabiskan jalan bandar Sydney (Sydney Opera House, Harbor Bridge, Darling Harbor, Hyde Park dan kena saman sebab tak bayar parking AUD 108.00)
Bermalam di River Cove Tourist Park (BIG 4 Caravan Park)
Day 7 – Bye Mate!
Hari ni kami chill2 je sebab hari last. Nak pergi bandar nanti kena saman lagi. Kami pergi Lakemba untuk beli SUJUK bawak balik bagi Mak rasa. Kat Lakemba pun ada drug store murah jual barang make up, perfume.
12.00 p.m – bergerak pergi hantar caravan dan terus pergi airport naik UBER.
References;
Main references: Lonely Planet Melbourne & Victoria 9th Edition.
Websites;
http://www.visitvictoria.com/
https://www.rome2rio.com/
http://www.apollocamper.com/
https://www.vroomvroomvroom.com.au/campervans/
http://www.aussiecampervans.com/
http://www.travellers-autobarn.com.au/
Useful Apps;
-Wikicamps AU
-Fuel Maps
-City Mapper
-Halal Trip
-Muslim Pro
Nak tahu lagi?
-tidur macam mana? -kat seat bawah ubah jadi katil,muat 3 org, lepastu atas corner bumbung muat sorg tidur. hehe
- senang tak drive caravan? so far alhamdulillah. feel dia macam bawa van sekolah tu. nak praktis boleh buat kat malaysia. Driver belah kanan, jalan raya belah kiri (drive style sama macam kat malaysia)
- kena ada manual peta, in case gps x function so boleh rely on manual maps and signboard
- waktu perubahan , australia 2jam awal dari malaysia.
- nak tgk gambar kami, pegi instagram cari #mpotakesmelbourne #gegadiscaravan
- budget ada dekat gambar ye
- selamat melancong naik caravan! best giler uolls. ok, boleh klik button share. - Siakap Keli
- senang tak drive caravan? so far alhamdulillah. feel dia macam bawa van sekolah tu. nak praktis boleh buat kat malaysia. Driver belah kanan, jalan raya belah kiri (drive style sama macam kat malaysia)
- kena ada manual peta, in case gps x function so boleh rely on manual maps and signboard
- waktu perubahan , australia 2jam awal dari malaysia.
- nak tgk gambar kami, pegi instagram cari #mpotakesmelbourne #gegadiscaravan
- budget ada dekat gambar ye
- selamat melancong naik caravan! best giler uolls. ok, boleh klik button share. - Siakap Keli
Inilah kak eda merangkap si ibu yang risau tengok banyak gila bekalan maggi. hehee dengan Fienaz SyaFienaz dan Zqa Jasmi di, Broadmeadows, Melbourne.
At Brunswick.
At Loch Ard Gorge, Australia.
At The Grampians
At The Grampians.
At Warnambool Victoria.
At Mammy's Boy.
Three layer sunrise. Tengok dengan mata subhanallah cantik sangat, at Sydney Opera House.