Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Empat Mayat Yang Sudah Berulat Ditemukan Dalam Kawasan Semak

30 Okt 2016

BACHOK 30 Okt. - Empat mayat yang sudah berulat ditemukan dipercayai dibunuh dan dibuang dalam kawasan semak di Kampung Tanjung Hlir, Bekelam dekat sini.

Penemuan itu berlaku pada jam 6 petang tadi difahamkan selepas penduduk curiga dengan bau busuk ketika melalui kawasan tersebut petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah, phak polis sedang berusaha mengenalpasti identiti kesemua mangsa.

"Sehingga kini siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pasukan forensik bagi mengesahkan ke empat-empat mayat berkenaan.

"Kawasan itu dipercayai agak bersemak dan jauh dari perkampungan penduduk.

"Siasatan dilokasi agak mengambil sedikit waktu kerana terpaksa masuk ke dalam semak," katanya.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok turut membantu dari aspek pencahayaan dan lain-lain keperluan.

Sumber: Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "