Namun begitu, terdapat banyak faktor yang menjadi punca masalah kewangan masyarakat yang mungkin dilihat sebagai perkara biasa sahaja. Kita barang kali tidak sedar, sesuatu yang remeh itu, boleh sahaja menjadi punca kepada masalah kewangan.
Admin ingin kongsikan, apak punca-punca masalah kewangan yang dihadapi oleh masyarakat pada masa kini, jom kita tengok perkongsian daripada saudara Harith Faisal ini.
1. Sale Pelbagai Perayaan Sepanjang Tahun
Hari Raya Sale. Merdeka Sale. Deepavali Sale. CNY Sale. New Year Sale. Year End Sale. Kembali Ke Sekolah Sale.
2. Berlumba Tunjuk Life Di Media Sosial
Melancong ke luar negara, upload. Makan kat restoran dan hotel mahal, upload. Jumpa artis, upload. Kereta baru, upload.
Mungkin orang akan kata kau kedekut kalau kau susah nak bagi orang pinjam duit. Nasihat saya, bagi pinjam berpada-pada.
4. Terpedaya Dengan Diskaun Palsu
Mark up harga kaw-kaw. Kemudian letak "Less 50%".
5. Beli Sebab Murah, Bukan Sebab Perlu
Borong barang gila-gila, penyudahnya expired tak habis pakai. Order makan kat kedai semua teringin, tapi makan tak habis pun.
6. Langgan Pakej Telco Yang Tidak Perlu
Kau tak perlu sampai 20GB pun. Tapi sebab termakan pujuk rayu telco, kau langgan juga pakej tu.
7. Sewa Rumah Lebih 20% Gaji Sebulan
Contoh gaji RM2,000 x 20% = RM400 maksimum sewa rumah kau.
Nota: Sewa rumah/bilik/kongsi bilik lebih 20% gaji sebulan.
8. Ansuran Kereta Lebih 15% Gaji Sebulan
Contoh gaji RM3,000 x 15% = RM450 ansuran kereta sebulan.
Atau boleh guna formula kereta patut milik adalah setahun gaji kita.
Contoh gaji RM3,000 x 12 = RM36,000
Elakkan. Buat bila dah ada duit.
10. Beli Perabot Dan Telefon Pun Nak Berhutang
Kalau kau kena hutang beli, maksudnya kau belum layak untuk memiliki.
11. Belanja Dulu Sebelum Menyimpan
Sepatutnya, simpan dulu kemudian baru belanja bakinya.
12. Belanja Melebihi Gaji Bulanan
Orang macam ni memang takkan ada duit simpanan.
13. Tak Pernah Buat Bajet Bulanan
Jangan buat saja. Kena ikutlah juga.
14. Kena Tipu Dengan Skim Cepat Kaya
Ada masanya memang senang kena tipu dengan scammer.
15. Tak Rugi Nak Melabur
Tak melabur, duit kau akan dimakan inflasi 3% setahun
Kad kredit untuk memudahkan hidup, bukannya tambah hutang.
17. Bayar Minimum Hutang Kad Kredit
Lepas pakai RM400, teruslah bayar kasi habis RM400 juga.
18. Suka Layan Hobi Yang Mahal
Malas saya nak listkan. Kau sendiri tahu hobi kau mahal ke murah, bermanfaat ke takda faedah.
19. Banyak Belanja Di Hujung Minggu
Weekdays gila berjimat, weekends belanja sakan
Asyik nak makan luar saja. Kalau masak sendiri kan banyak jimatnya.
21. Berhutang Untuk Mula Berniaga
Mulalah berniaga dengan apa yang kau ada. Tak payah berhutang. Lagi-lagi kena elak kalau nak berhutang dengan bank
22. Tiada Ilmu Kewangan Dalam Pelaburan
Takda ilmu, itu yang semua jadi takut. Cari ilmu sebelum melabur, untuk elak duit melebur.
23. Rokok Sama Penting Dengan Nasi
Pandai-pandailah fikir. Dah besar panjang, kan.
24. Tak Ambil Caruman Takaful
Kalau dah ditimpa musibah, masa tu huru hara kewangan. Nauzubillahi min zalik.
25. Caruman Takaful Lebih 10% Gaji
Tak payahlah ambil mahal sangat takaful tu. Berpada-padalah. Ikut keperluan
Kahwin sebab apa? Buat pinjaman sebab nak bayar kos wajib atau semata-mata ikut adat budaya?
27. Kahwin Wajib Jemput Sekampung
Tak termasuk rukun nikah pun. Ajak mana-mana yang perlu saja.
28. Mengharap Sangat Bantuan Kerajaan
Bila tak dapat, mulalah menyalahkan kerajaan. Bila dah dapat segedebuk, habis macam tu saja.
29. Rezeki Tak Berkat Selalu Rasa Tak Cukup
Bila rezeki berkat, kita akan rasa cukup dengan apa yang kita ada.
SHARE laju-laju tanpa was-was. Terima kasih
Mungkin ada di antara beberapa punca ini yang kita juga sering kali lakukan, jadi, sudah bolehlah untuk mengurangkan punca-punca ini mana yang patut, dan mulakan perbelanjaan kewangan dengan lebih bijak. Jom kita mula menyimpan. -Siakap Keli