Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Cepat Betul Habis Ni, Baru Dua Hari Lepas Isi Petrol Kereta", Ikuti Tips Pemuda Ini Dalam Penjimatan Penggunaan Petrol

17 Okt 2016
No Comment

Tidak semua di antara kita yang tahu dalam penjagaan kenderaan, tidak kiralah kereta, motor atau pun van. Setiap kenderaan mempunyai cara penjagaan yang berbeza, dari segi luaran, dalaman mahu pun enjin. Bagi mereka yang kurang mahir, mungkin akan menggunakan kenderaan mereka sebegitu sahaja, dan hanya menghantar untuk servis bila kenderaan sudah memberi tanda-tanda kerosakan.

Dalam penjagaan enjin atau bahagian yang berkaitan dengan mesin dan elektronik, ianya harus diberi penekanan yang lebih serius. Setiap bahagian harus diberi penekanan, kerana ianya berkait rapat antara satu sama lain, begitu juga dengan penggunaan petrol.

Namun, tahukah anda, ada beberapa cara yang anda boleh lakukan, untuk memastikan anda dapat berjimat dalam penggunaan petrol, dan ianya sangat berbaloi buat anda yang dalam proses berjimat cermat. Jom kita tengok apa yang boleh kita lakukan, perkongsian dari saudara Suhaili Ahmad ini.


Tak lah pandai sangat... Cuma sedikit pengetahuan & pengalaman utk dikongsi ttg tips jimat penggunaan petrol.

1. Pastikan minyak enjin ok agar piston bergerak lancar. Ambil sedikit sample minyak enjin kereta anda. Klu hitam sangat atau seakan berpasir maksudnya x ok.

2. Sebaiknya guna minyak enjin fully syntetic sbb pergerakan piston lebih lancar. Semi syntetic pun ok cuma perlu ditukar lebih kerap. +- lebih kurang saja kosnya.


3. Check air filter. Pastikan bersih. Penting utk pengudaraan sewaktu pembakaran dlm enjin.

4. Isi petrol sebaiknya penuh. Semakin petrol sedikit, semakin cepat proses sejatan dlm tangki petrol terutama ketika petrol berkocak sewaktu kereta bergerak.


5. Jangan tekan mengejut padle minyak. Sebaiknya tekan ikut keupayaan pick up kereta anda. Maksudnya, tekan padle minyak perlahan-lahan sehingga mencapai kelajuan yg diperlukan.

6. Semakin sejuk suhu aircond, kereta semakin berat & force utk guna lebih banyak petrol. So klu panas, guna kipas aircond hingga maximum tapi suhu aircond ikut keperluan.

Moga-moga dengan adanya tip ini, dapat memberi penyelesaian kepada anda dalam memastikan kenderaan anda tidak lagi menggunakan petrol dengan banyak. Semoga perjalanan anda selepas ini, lebih lancar dan menjimatkan. Pandu dengan selamat, dengan hati yang tenang. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "