Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ben Affleck Belajar Silat Untuk Lakonkan Watak Dalam Filem Terbarunya

14 Okt 2016
No Comment


Bintang filem Batman, Ben Affleck mempelajari seni mempertahankan diri silat bagi memenuhi keperluan untuk karakter terbarunya dalam filem The Accountant.

Menerusi satu transkrip temuramah yang disediakan oleh Warner Bros, Ben berkata dia mendapati silat sebagai satu seni mempertahankan diri yang menarik.

"Silat adalah satu seni mempertahankan diri yang jarang dilihat dalam filem-filem sebelum ini, jadi pertarungan dalam filem ini (The Accountant) lebih kelihatan baru dan 'segar'. Kerana saya tidak boleh memakai topeng (seperti filem Batman) saya terpaksa melakukan banyak aksi-aksi dalam filem itu sendiri.

"Saya menghabiskan banyak masa belajar koreografi, berlatih dan mengamalkan seni ini berbulan-bulan sebelum penggambaran. Ianya sangat sukar, tetapi apabila dapat digerakkan dengan betul, ia kelihatan benar-benar elegen dan cantik, walaupun ia adalah sebahagian dari perang. "

Filem The Accountant adalah filem arahan Gavin O'Connor yang mana akan menampilkan Ben memainkan watak cerdik matematik yang suka 'bercakap dengan nombor' berbanding manusia, Christian Wolff. 

Tetapi apa kaitan akauntan yang sukakan nombor dengan silat? Di dalam filem The Accountant, Christian merupakan akauntan kepada beberapa organisasi paling berbahaya di dunia.

Filem The Accountant dijadualkan menemui peminat pada 20 Oktober ini.

Sumber : Star2
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "