Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Viral Kononnya Sambal Nasi Kerabu Ular Sawa, "Apa Niat Sebenarnya Individu Itu Sanggup Taip Dan Viralkan?" - Pengusaha

29 Sep 2016
No Comment

Sejak minggu lalu menjadi viral di laman sosial kononnya sambal nasi kerabu yang dibeli daripada negara jiran, Thailand adalah tidak halal kerana menggunakan daging ular sawa sebagai bahan utama.

Viral berkenaan hangat diperkatakan sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa agama negara, namun ianya masih dalam siasatan dan pihak Jakim masih belum memberi maklum balas terhadap status sebenar makanan ini.

Pengusaha sambal nasi kerabu bernama Zarliza Ramli tampil menjelaskan kisah yang diviralkan ini, menurutnya ia hanyalah rekaan pihak yang tidak bertanggungjawab kerana kilang yang dimaksudkan berkenaan adalah 100% kepunyaan orang Islam di mana mereka mengamalkan ajaran Islam lebih daripada kita.

Jom kita baca.


Dah lama nk menjawab isu IKAN NASI KERABU yg dikatakan ular sawa...
Entah dari mana punca dan tanpa diketahui NIAT apakah individu yg sanggup menaip dan memviral isu itu sehingga menjadi isu utama.

Wallahu a'lam.

Walaupun gambar-gambar proses membuat ikan nasi kerabu ni melambak-lambak dlm hp saya kerana ini projek anak beranak kami, tapi saya sengaja biarkan isu ini hangat dan hangat , nak tengok sejauh mana rakyat kita peka bab halal dan haramnya makanan yang masuk dalam mulut...ternyata, begitu teliti sekali...Tahniah...

Tapi bicara kali ini bukan semata atas kapasiti NASI KERABU SEGERA AKHTAR tetapi saya yakin saudara-saudara seislam kita di Pattani yang lain yang mengusahakan projek ikan ini ternyata 'lebih Islam' berbanding kita yang kononnya negara islam.





Untuk pengetahuan, di Pattani adalah umpama Tok Bali, ikan-ikan mudah didapati dengan murah berbanding sukarkan mencari seekor ular sawa yang bahaya dan mahal...

Tidak kira yang packaging dengan getah dijual secara timbang atau yang packing tulisan siam yang di viralkan pun, semua itu adalah projek orang-orang kampung di Pattani yang mana banyak diproses ikan di tempat tersebut.



Saya yakin Jakim sedang melakukan keje-keje hakiki mereka sekarang, menyelidik sumber cerita dan kesohihan kes tersebut, cuma yang pasti saay yakin pihak yang mengadakan cerita tersebut sedang gelak kerana bagi penduduk sempadan Thai dan golok sendiri seakan tak layan citer-citer sebegini...kerana bagi Thailand, sijil halal di negara kafir ternyata lebih sukar didapati berbanding sijil halal di negara Islam sendiri dek kerana ketelitian yang seharusnya mereka siasat secara terperinci.






Secara peribadi, saya lebih was2 dengan ***, ***, ayam-ayam dikedai makan orang islam yang dibekalkan oleh pembekal cina berbanding barang2 yang dijual oleh penduduk Islam di Thai.

So, saya yang amat cerewet bab makanan ni pun langsung tidak terkesan dengan citer2 ular sawa, apatah lagi rakyat malaysia yang saban hari memakan bangkai kedai2 Islam tapi pembekal cina.

Ingat...kita bukan setakat mencari yang HALAL...tapi TOYYIBAN...

#SesekaliKajiApa yang masuk ke mulut kita, bukan main hentam je.
#better mkn ular sawa dari mkn riba, rasuah, harta anak yatim,lebih2 lagi harta rakyat...hik3
#Esoksyupload gambar proses ikan lagi....smpai kalian benar-benar yakin...nak video pun blh.,pm tepi...dengan syarat kalian pun bagi video selfie dengan ular sawa.

**Gambar adalah operasi harian di kilang yang didakwa berkenaan.

Berikut adalah pendapat netizen


Apapun kita tunggu keputusan muktamat yang dikeluarkan oleh Jakim dulu sebagai pihak agama mengenai perkara ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "