Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Pukul Wanita Dan Sebar Ke Laman Sosial, Polis Jalankan Siasatan

26 Sep 2016
No Comment

Pihak Polis Di Raja Malaysia Kelantan dilaporkan akan menjalankan siasatan berhubung sebuah video viral yang memaparkan seorang wanita telah dipukul dan dibogelkan dipercayai berlaku di negara jiran, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, pihaknya telah menerima dua laporan mengenai video ini yang telah dibuat oleh mangsa sendiri pada Sabtu lalu di Balai Polis Kubang Kerian.

"Kita percaya hasil siasatan akan dapat pengesahan berhubung kes viral berkenaan yang tersebar di laman sosial sejak kelmarin.

"Polis juga menerima laporan kedua hari ini dibuat seorang wanita dipercayai ada hubung kait dengan penyebaran rakaman itu," katanya dalam sidang media, hari ini.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara setahun dan denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Sejak beberapa hari lalu, sebuah video berdurasi 3 minit 27 saat memaparkan seorang wanita telah dipukul dalam keadaan bogel menggunakan dua botol kaca minuman oleh seorang wanita warga Thailand dipercayai diupah oleh wanita dikenali sebagai Nadia yang membuat rakaman itu.

Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa dituduh menjalin hubungan cinta dengan suami Nadia. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "