Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengguna Jalan Raya Terkejut Batu Besar Dibaling Dari Atas Jejantas

25 Sep 2016


ALOR SETAR - Tiga pemandu yang melepasi jejantas di KM 40.6 Lebuhraya Utara Selatan, Khamis lalu tergamam apabila kenderaan mereka dibaling batu dari arah jejantas.

Kejadian disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 malam di bawah Jejantas, KM 40.6 Lebuhraya Utara Selatan dari arah Pekan Jitra menghala ke Bukit Penang.

"Ketika kejadian, ketiga-tiga kenderaan dari arah Utara menghala ke Selatan dan semasa melepasi jejantas, Norazlina Azzura kusnedy, yang memandu kereta jenis Mazda berada dihadapan diikuti Mohamed Zuned Bashir Ahmed,36, yang memandu kereta Mitsubishi Triton dan di belakang sekali Cheang Qiu Xia,42 yang memandu kereta jenis Honda,"katanya, pada media.

Rozi jugaberkata, patu pertama yang dibaling jatuh ke atas bumbung dan memecahkan cermin hadapan kereta yang dipandu oleh Norazlina Azzura dan batu terbabit termasuk dalam keretanya.

"Sejurus itu, berlaku balingan batu kedua yang mengenai bumper hadapan kereta Muhamed Zuned, dan batu yang jatuh di atas jalan itu dilanggar oleh Cheng Qiu xia yang berada di belakang.

"Siasatan awal mendapati terdapat dua ketul batu besar dibaling dari atas jejantas, dan ia merupakan kejadian pertama bagi tahun ini,"katanya.

Mohd Rozi berkata, kesan daripada kejadian terbabit, ketiga-tiga kenderaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan kereta, antaranya cermin hadapan pecah, bumbung rosak dan bonet kemek.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan rapi untuk mengesan suspek yang terlibat. Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, mereka diminta tampil menghubungi pihak polis berhampiran,"katanya.

Sumber : Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "