Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pasangan Suami Isteri Disahkan Bebas Dari Jangkitan Zika - Dr Roslinda

21 Sep 2016

Johor Bahru 21 Sept: Ketua Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor jabatan Kesihatan Negeri, Dr Roslinda A Rahman berkata, pasangan suami isteri dari Taman Desa Harmoni dekat sini,yang didapati positif virus Zika pada 6 September lalu sudah pulih dan dibenarkan pulang, minggu lalu, lapor Harian Metro.

Menurutnya lagi, pasangan itu dibenarkan pulang selepas didapati negatif virus berkenaan, .
di mana pasangan tersebut menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sejak kejadian itu.

"Ia berdasarkan ujian darah mendapati tiada virus itu lagi, namun usaha memantau kehamilan wanita itu dilakukan dari semasa ke semasa.
"Kita berharap bayi dalam kandungannya sihat, meskipun sebarang perubahan boleh berlaku bahkan dia juga menjalani pemeriksaan dua minggu sekali di hospital sama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini wanita hamil berusia 27 tahun, mangsa kes ketiga jangkitan virus, serta suaminya berusia 25 tahun, yang disahkan positif virus Zika.

Terdahulu Dr Roslinda memberikan Taklimat Operasi Pencegahan dan Pemusnahan Wabak Denggi dan Zika di Pusat Penerangan Pelancongan Johor (JOTIC) di sini, hari ini.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "