Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Palsukan Pas Masuk Mudah Alih, Penganggur Malaysia Dipenjara

17 Sep 2016
No Comment

SINGAPURA 17 Sept: Akibat daripada memalsukan pas masuk mudah alih untuk memasuki beberapa ruang rehat di Lapangan Terbang Changi, seorang penganggur warga Malaysia dijatuhi hukuman penjara dua minggu selepas mengaku bersalah terhadap tiga daripada 31 dakwaan tersebut, tulis Kosmo.

Penganggur tersebut, Raejali Buntut, tertidur di ruang rehat lapangan terbang itu sehingga menyebabkannya terlepas penerbangan AirAsia ke Kuala Lumpur, dia memutuskan untuk terus berada di kawasan transit pelepasan pada 21 Ogos lepas, lapor akhbar The Straits Times hari ini.

Dengan menggunakan 31 pas masuk mudah alih palsu untuk memasuki beberapa ruang rehat di terminal tersebut, lelaki itu terus berada di ruang transit selama 18 hari, iaitu sehingga Rabu lepas.

Menurut laporan itu mahkamah daerah pada Jumaat lepas diberitahu Raejali, 33, mendaftar masuk hampir tengah malam dan terus ke Plaza Premium Lounge di Terminal 1 (T1) menggunakan pas masuknya serta pas Priority yang dikeluarkan Citibank.

Raejali, seorang bekas pengurus pembangunan perniagaan di Royale Consultant Management di sini, walau bagaimanapun tidak memberitahu pihak mahkamah, sebab untuk dia terus berada di lapangan terbang tersebut.

Sumber: Kosmo Online

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "