Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nak Curi Mesin ATM, Tapi Rupanya Mesin Kemaskini Buku Bank

27 Sep 2016


NEW DEHLI - INDIA. Empat perompak di sini berputih mata apabila bukan sahaja kerana tertangkap selepas merompak, tapi turut tersilap mesin ketika melakukan jenayah itu.

Sinar Online melaporkan, keempat-empat perompak itu tersilap kerana merompak sebuah mesin kemaskini buku bank yang disangka mesin ATM.

Keempat-empat penjenayah dari Assam, India itu memecah masuk bangunan Bank Negara India (SBI) di Binovanagar untuk melarikan mesin yang disangkakan mesin ATM dengan menggunakan sebuah kereta jenis Chevrolet.

Namun, tindakan mereka akhirnya mengundang padah apabila kereta yang dinaiki ditahan oleh polis peronda yang sedang melakukan rondaan.

The Assam Tribune melaporkan, pihak polis juga turut menyiasat bagaimana penjenayah itu memperoleh kereta yang mempunyai pas vip ahli Dewan Undangan Assam, yang digunakan untuk tujuan jenayah itu.

Kejadian kecurian ATM di India sering dilaporkan sejak kebelakangan ini terutamanya di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai langkah keselamatan yang baik.

Contoh cetakan yang dihasilkan oleh mesin tersebut.


Sumber : Sinar Online.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "