Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Murid Darjah Satu Parah di Kepala, Patah Tangan Kiri Selepas Dilanggar Depan Sekolah

22 Sep 2016


Alor Gajah, 22 Sep: Seorang murid perempuan darjah satu parah dilanggar sebuah kereta di hadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Pagoh dalam kejadian tengahhari tadi.

Di dalam kejadian, mangsa baru sahaja tamat sesi persekolahan sebelum dirempuh oleh kereta yang dipandu oleh seorang wanita.

Menurut Harian Metro, jurucakap polis berkata, kereta itu dalam perjalan dari pekan Alor Gajah menghala ke Kampung Pagoh sebelum melanggar mangsa.

Katanya, akibat kemalangan itu mangsa parah di kepala serta patah tangan kiri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajar, Superintendan A Asmadi Abd Aziz mengesahkan kejadian.

Sumber : Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "