Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Hari Ini Kau Maki Hamun Kes Orang Di Facebook, Tiba-Tiba Esok Perkara Itu Jadi Dekat Diri Kau Pula," Lelaki Tegur Golongan Ini

30 Sep 2016
No Comment

Setiap kali keluar artikel kes rumah tangga seseorang atau sesuatu kisah, dilihat ramai yang terus membuat kesimpulan, ada komen negatif tanpa memikirkan perasaan mereka terlibat.

Ada yang terus mengaitkan kejadian berlaku seolah-olah dia tahu segalanya mengenai kes berkenaan, perlu diketahui, setiap manusia punyai hati, perlu juga dijaga lebih-lebih lagi melibatkan hal peribadi.

Bayangkan, apa yang terjadi berkenaan berlaku kepada kita dan tiba-tiba ada orang lain mengata kita, mencemuh kita dan pelbagai lagi.

Dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Fdaus Ahmad di mana beliau memuatnaik satu artikel teguran kepada golongan seperti ini.

Jom kita baca.

Minggu lepas, kita seronok membaca kisah inspirasi macam mana perjalanan Noh Hujan dan isteri dia Mizz Nina menempuh alam perkahwinan. Terkemudian dari situ, kita dapat baca pula pengalaman Fynn Jamal bertemu dengan suami dia, Tri.

Kelmarin, kita dihidangkan pula dengan cerita seorang ayah kena pukul dengan suami baru bekas isterinya (bawa geng) masa dia ambil anak untuk penuhi giliran penjagaan. Cerita bersambung dengan kes polis dan screenshot perbualan mangsa dengan bekas isteri yang memaki hamun sumpah seranah si anak sebab mengadu ke ayahnya kelaku mak dan ayah baru.

Seolah-olah ini adalah drama versi Facebook yang hendak mengajar kita semua bahawa permulaan perkahwinan yang indah indah bukan jaminan untuk sebuah pengakhiran yang indah indah juga.

Watak dan peranan dalam flownya berbeza, tapi bila kita sambung ceritanya akan membentuk satu kisah manis pahit sebuah kehidupan manusia.

17 tahun lepas, tahun 1999, ustaz Rahimi bawa budak kelas aku 5 Ibnu Sina pergi melawat Mahkamah Rendah Syariah Manjung. Lawatan ni sempena subjek Pendidikan Islam yang dah masuk bab perundangan nikah kahwin cerai.

Kami masuk bilik mahkamah dan ikut semua prosiding sesi pagi. Ya Tuhan masa tu aku belajar suatu hal penting, yang rupanya ada terlalu lah banyak dan bermacam ragam masalah rumah tangga yang wujud di bumi Malaysia ni.

Satu demi satu suami, atau isteri bagi keterangan dan buka semua cerita dari nafkah tak dapat, suami taik judi, isteri curang, isteri ada jantan lain, rebut hak penjagaan anak, laki malas kerja duit tak ada, isteri nusyuz dan paling real, isteri kecewa suami lebih mengutamakan ayam sabung berbanding isteri.

Statement bini dia tu memang aku tak akan lupa;

“Yang Arif bayangkan lah, saya ni isteri dia, tapi saya terpaksa berebut kasih sayang dengan seekor ayam?. Di mana darjat dan maruah saya Yang Arif? Kalau berebut kasih sayang dengan perempuan lain saya boleh terima lagi, ini ayam sabung Yang Arif! Ayam!”

Punya menangis bukan main perempuan muda tu.

Aku dan Meor Saiful Niza masih dok ketawa tak habis dengar cerita berebut kasih sayang dengan ayam sabung, sampai lah ke satu pasangan ni kena panggil untuk lafaz talak depan hakim.

Sorang lelaki bersongkok masuk kandang bicara, lepas hakim cakap lebih kurang dan dia balas ‘faham!’. Di sebelah hujung sana isteri dia.

Sebentar kemudian, lelaki bersongkok melafazkan cerai talak satu dengan sekali lafaz. Isteri dia menangis, dan paling aku terkejut muka Meor pucat, terkedu.

Perlahan Meor bisik ke aku;

Pidomat, aku kenal dia ni. 3 tahun lepas aku ada di masjid masa dia lafaz akad nikah, hari ni aku ada pulak di mahkamah tengok dia lafaz cerai. Kahwin pun aku saksi, cerai pun aku saksi. Fuhh dasyat dunia ni”

***

Jadinya untuk pengkomen yang dok marah dan maki hamun kes no 2 dan no 3, be sure kau jalani kehidupan rumah tangga kau dengan baik dan saksama. Pada masa akan datang kita belum tahu apa yang boleh berlaku, sebab hidup rumahtangga ni kena sentiasa berusaha baiki dan improvise.

Hari ni kau maki hamun, esok lusa kau tersuka makwe lain, kau tersuka pakwe lain. Balik rumah bergaduh, anak anak jadi mangsa.

Benda ‘tersuka’ ni tak boleh jadi alasan. Kau takkan suka kalau kau tak melayan. Bila kau mula melayan, tu lah yang jadi punca.

Bila orang tanya, “ini dah taqdir”.

Jawab macam tu sama lah macam kes go kart baru ni, “semua dah taqdir”.

Taqdir datang kalau kau berusaha ke arah tu, kau nak, kau mahu. Maka Tuhan tunaikan apa yang kau nak tu.

Sama juga dengan hal “tak sefahaman”. Sefahaman ni kena usaha dan tolak ansur, bukan benda dia jatuh dari langit.

Sama sama kita ambil pengajaran untuk cerita cerita di atas. Semoga hidup kita, rumahtangga kita, suami isteri kita, anak anak kita, terpelihara dari sebarang ujian yang sulit lagi berantakan.

Berusaha dan teruskan berdoa!

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "