Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hanya Dengan Mengikut Tiga Langkah Mudah Ini, Anda Sudah Boleh Mendapatkan Laporan CCRIS

27 Sep 2016
No Comment

Umum sudah mengetahui tunggakan pinjaman boleh menjadi salah satu faktor yang menyebabkan anda gagal untuk mendapatkan pinjaman yang baharu. Ini bukan sahaja melambatkan sesuatu proses pinjaman, bahkan juga akan menyebakan proses untuk memiliki sesuatu akan tertangguh.

Tidak semua yang mengalami masalah seperti ini, kerana ada di antara kita yang mampu untuk membayar kembali pinjaman dalam masa yang ditetapkan, namun begitu, mungkin ada di antara kita yang 'terlupa' atau terlepas pandang dalam melakukan proses pembayaran balik pinjaman, lebih-lebih lagi pinjaman dari institusi kewangan, seperti kad kredit, dan ini akan menyebabkan nama anda mungkin tersenarai dalam CCRIS.

Bagi yang tidak pasti, adakah nama anda telah pun tersenarai dalam CCRIS, dan ingin membuat semakan, tetapi mempunyai kekangan seperti jauh dari cawangan Bank Negara Malaysia (BNM), atau pejabat AKPK, anda tidak perlu risau. Ini kerana, anda boleh mendapatkan laporan CCRIS secara atas talian sahaja. Ingin tahu bagaimana? Saudara Amir Syahir ada kongsikan caranya, jom kita baca!


Tiga Langkah Mudah Untuk Dapatkan Laporan CCRIS Di Atas Talian Secara Percuma


CCRIS (Central Credit Reference Information System) ini merupakan rekod pinjaman daripada institusi kewangan seperti pembiayaan kereta, kad kredit atau pinjaman peribadi.
Laporan CCRIS hanya memaparkan tempoh masa pembayaran 12 bulan yang lepas. Jadi, jika ada satu bulan yang kau orang terlepas bayar, kena cepat-cepat bayar supaya laporan CCRIS kau orang suci bersih dan ada nombor 0 sahaja. Ia bererti tiada tunggakan bayaran. Kalau ada nombor 2 bererti 2 bulan la kau orang terlepas bayar.

Bayaran balik mestilah dengan jumlah yang tepat dan pada masa yang ditetapkan mengikut surat perjanjian.

Penting ada laporan CCRIS ini untuk pihak bank tahu tahap disiplin pembayaran balik komitmen tersebut. Laporan CCRIS boleh disemak di semua cawangan Bank Negara Malaysia.

Kepada yang jauh dengan cawangan BNM atau pejabat AKPK, kau orang boleh semak laporan CCRIS menggunakan emel sahaja. Mudah dan cepat. Percuma pulak tu.

Dekat tempat gua takde cawangan BNM. Jadi, gua buat guna emel. Gua hantar permohonan lengkap pada 8 April 2016 dan dapat laporan pada 12 April 2016.

Kau orang boleh gunakan cara ini untuk jimatkan masa, kos bayar parking kereta, jimat petrol lagi percuma. Share juga kepada kawan-kawan kau orang supaya sama-sama tahu tentang hal ehwal laporan CCRIS.

1. Download borang permohonan di:
http://creditbureau.bnm.gov.my/BMdownload.html

2. Scan 
Kad pengenalan (depan belakang dengan jelas). Scan juga 2 (DUA) jenis dokumen sokongan yang membuktikan permohonan itu daripada kau orang. Contohnya, lesen memandu, penyata akaun bank, penyata KWSP ataupun bil utiliti.

3. Isi borang Permohonan Laporan Kredit dan Isi Borang Pengisytiharan Pinjaman. 
Borang ini adalah merujuk kepada pinjaman yang sedia ada seperti pinjaman rumah, pinjaman jual-beli, kad kredit dan sebagainya. Dah siap isi, scan semua tu dan emel kepada:

bnmtelelink@bnm.gov.my
 
Senarai Semak

*****
Selepas beberapa hari, kau orang akan dapat maklum balas daripada pihak BNM. Paling lambat pun 14 hari.

Lepas pihak BNM balas permohonan kau orang, kau orang kena telefon mereka untuk dapatkan kata laluan. Untuk membuktikan kau orang yang mohon bukan orang lain.
CCRIS tidak blacklist kan nama kau orang. Jangan takut jika ada CCRIS. CCRIS akan meyakinkan pihak bank yang kau orang mampu membayar ansuran dengan baik. Tidak culas.

Jika laporan CCRIS kau orang barai dan ada nombor lain selain nombor 0, kau orang kena baiki dan bayar tunggakan terlebih dahulu jika mahu buat pembiayaan perumahan ataupun sebarang pembiayaan dengan pihak bank.


******
Sekarang PTPTN pun masuk dalam laporan CCRIS secara berperingkat. Jadi, kau orang kena cek dulu CCRIS sebelum memohon pembiayaan perumahan. Kot ada tunggakan PTPTN.

Kalau ada, pergi cawangan PTPTN. Bincang dengan mereka. Buat penstrukturan semula. Bayar separuh daripada tunggakan ataupun semua tunggakan. Itu atas budi bicara pihak PTPTN. Mohon pihak PTPTN buat surat Pengesahan Bayaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN mengatakan kau orang sedang bayar PTPTN dengan baik.

Selepas selesai, mohonlah pembiayaan perumahan atau pembiayaan ASB mengikut matlamat kau orang. Yang penting CCRIS kena jelaskan dulu.

CCRIS sangkut memang pihak bank tak akan layan. Sebabnya pembiayaan sekarang pun tak mampu bayar, macam mana nak bayar pembiayaan baru. Ye dak? Ingatlah pihak bank orang berniaga bukannya badan kebajikan.

Ada yang buat guna Credit Bureau, bayar RM10 lebih. Tapi gua buat yang percuma je. Sekadar nak semak okay ke tak laporan gua setiap 6 bulan sekali. RM10 tu dah boleh isi dua kali minyak motor gua. Kah!

Share jika manfaat.

Dapat Tips Jugak Daripada BNM

Tentang Insurans / Takaful

Tentang Skim Cepat Kaya

Tentang Pelaburan

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "