Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dilarang Guna Dron Dalam Sebarang Perhimpunan - Polis

23 Sep 2016


Putrajaya, 23 Sep: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membenarkan penggunaan dron dalam sebarang perhimpunan bagi tujuan keselamatan.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, penggunaan dron ketika perhimpunan hanya boleh digunakna pihak polis bagi memantau pergerakan peserta.

Kata beliau, keputusan itu diambil atas sebab keselamatna.

"Larangan ini terpakai kepada semua pihak termasuk organisasi media dan orang awam," katanya ketika majlis pelancaran 'Eye In The Sky' di sini, hari ini.

Tambah beliau, sehubungan itu, PDRM sedang melatih 12 anggota dan pegawainya untuk mengendalikan dron itu.

Mengenai keselamatan jalan raya di sekolah, Khalid berkata, pihaknya sanggup membantu pihak sekolah melatih warden kawalan lalu lintas sekolah untuk menjaga keselamatan murid dan pelajar

Sumber : Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "