Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Demi Kelancaran Trafik, Polis Trafik Bantu Bersih Lorong Motosikal Tersumbat Akibat Hujan

1 Sep 2016
No Comment
Anggota polis trafik membantu membersihkan laluan motosikal yang tersumbat akibat hujan lebat di Jalan 222 bagi memastikan keselesaan dan kelancaran pengguna motosikal.

PETALING JAYA, 1 Sept: Demi memastikan keselesaan dan kelancaran pengguna motosikal, anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya sanggup basah kuyup untuk membersihkan lorong motosikal dekat Lebuhraya Persekutuan yang ditenggalami air disebabkan hujan lebat.

Kira-kira jam 3 petang Khamis, hujan lebat di sekitar Petaling Jaya telah menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

MStar Online melaporkan, pasukan yang diketuai oleh Koperal Shaiful membuat kawalan lalu lintas di kawasan sekitar membuat sesuatu di luar bidang kerja mereka dengan membersihkan lorong motosikal tersumbat di jalan 222 menghala ke Klang dan laluan menghala ke Kuala Lumpur dekat bangunan Nanyang Siang Pau.

Bantuan itu dibuat bagi melancarkan pergerakan pengguna motosikal yang terkandas di kedua-dua hala sehingga terpaksa menggunakan Lebuhraya Persekutuan.

Selepas kerja-kerja pembersihan sampah yang mengakibatkan laluan tersumbat berjaya dilakukan, kedua-dua lorong itu kembali lancar.

Sementara itu, pasukan polis trafik turut mengawal lalu lintas di Jalan Lapangan Terbang Subang Lama dengan sebahagiannya ditenggelami air selepas hujan lebat pada petang Khamis.

Anggota polis trafik mengawal lalu lintas di Jalan Lapangan Terbang Subang Lama dengan sebahagiannya ditenggelami air selepas hujan lebat.

Sumber : mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "