Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Alamak, Mana Tiket Ni, Ini Tiket Bila Punya Pulak", Ketahui Pantang Larang Yang Perlu Dielakkan Jika Hendak Menaiki Kereta Api

30 Sep 2016
No Comment

Bila mana kita pergi ke sesuatu tempat atau menaiki sesuatu yang memrlukan bayaran, sudah semestinya akan mendapat resit atau tiket, bagi mengesahkan yang kita sudah membayar untuk menggunakan perkhdimatan yang disediakan. Sudah pasti ianya sangat penting. untuk mengelakkan penipuan yang berlaku.

Namun begitu, mungkin ada juga sesetengah orang yang kadang-kala, membuang begitu sahaja tiket tersebut, tidak menyimpannya sewaktu berada di dalam kereta apai, khususnya. Pegawai yang bertugas ada kalanya akan membuat rondaan, dan menyemak tiket yang ada pada kita, jika menggunakan tounc n go sekali pun, mereka akan tengok juga.

Kalau sudah tidak mempunyai tiket, banyak pula alasan yang diberi kelak, dan mungkin akan dikenakan denda sebab tidak mempunyai tiket, atau menghilangkan tiket. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, admin ingin kongsikan beberapa pantang larang, kalau hendak menaiki kereta api, jom kita tengok apa pantang larang itu, yang dikongsikan oleh saudara Redzuan Abd Manaf .


Ini Abang SHARE 5 "Pantang Larang" Kalau Korang Nak Naik Keretapi.



1. Salah Guna Konsesi

Tolong jangan SALAH GUNA KONSESI. Kad pelajar, pesara, wargamas, orang kurang upaya.....hanya layak digunakan oleh pemegang kad sahaja. Kawan, sahabat, kenalan jauh dan dekat, jiran setaman, girlfriend, boyfriend, datuk, nenek, emak, ayah, adik, abang, kakak taraaaaaa boleh!!

2. Tarikh
Tolong jangan naik tren SALAH TARIKH (pastikan masa, nombor tren, destinasi dan tarikh betul). Jangan naik tren hari ni, tunjuk tiket tahun lepas punya.....tolong la jangan buat abang gelak, itu x kelakar.


3. Tiket
Tolong jaga tiket......jangan cakap, "abang, saya punya TIKET HILANG!!!!" x tau mana terbang. Itu boleh bikin abang marah. Kalau muka abang taraaaaa senyummm, korang jangan komplen nah.


4. 'Snap' Gambar Tiket
Tolong jangan SNAP GAMBAR TIKET. Kalau beli tiket online tu, tolong la rajin sikit SAVE kat PDF file.....bukan susah. Jangan gedik nak snap picture kat ladtop/komputer tu hahhhhh. Apa ingat mata abang ni cerah? Gambar dah la gelap...pecah-pecah.


5. Tiada Tiket
Yang ni abang mintak tolong sangat-sangat..tolong jangan amal naik tren TIADA TIKET, lepas tu bagi 1001 alasan..urgent lah, mak ayah sakit lah, atuk tenat lah. Part ni memang abang lemah. Nak x nak kena tolong jugaklah.

Guys. Bagi la chance kat abang dan kawan-kawan agar x rasa bersalah. Tolong la beli tiket ikut cara/saluran/prosedur yang betul.......serius x susah. Abang dan kawan-kawan dalam ni nak buat kerja dengan mudah. X nak marah-marah. Ingat abang ni x penat ker hahhhhh?


Ada juga ya rupanya pantang larang macam ini bila naik kereta api, admin ingatkan yang ada tertera dekat dalam kereta api itu sahaja. Tapi, walau apapun, ada betulnya, sebolehnya biarlah ikut peraturan kan, tidaklah menyusahkan mana-mana pihak nanti. Apa-apa pun, hati-hati juga dalam kereta api tu, lagi-lagi bila ramai orang. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "