Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

15 Kenderaan Rosak Dihempap Pokok

28 Sep 2016
No Comment


Kuala Lumpur: Sebanyak 15 buah kenderaan mengalami kerosakan selepas sebatang pokok besar tumbang di tempat letak kereta berdekatan dengan Sunny Hotel di Jalan Putra dalam kejadian pada 7 malam tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.10 malam.

Seramai lima anggota dan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dikerahkan ke lokasi.

"Apabila tiba di lokasi, didapati terdapat pokok besar tumbang menghempap kenderaan dan menghalang lalu lintas.

"Bagaimanapun, kejadian tidak membabitkan mangsa dan kerja-kerja mengalihkan serta memotong pokok berkenaan akan dijalankan esok pagi dengan bekerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya sebagai mana lapor Harian Metro.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "