Yusof Haslam Dilantik Anggotai Badan Pantau SPRM
Pengarah Urusan Skop Productions, Datuk Yusof Haslam dilantik menganggotai badan bebas pemantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Yusof Haslam, yang juga terkenal sebagai penerbit filem Gerak Khas itu merupakan antara 13 anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuan (PPR) manakala tujuh lagi yang lain dilantik sebagai anggota Panel Penilaian Operasi (PPO).
Perkara itu diumumkan oleh SPRM menerusi satu kenyataan di Facebook semalam.
Pelantikan itu berkuatkuasa selama setahun dan akan berakhir sehingga 14 Ogos 2017.
“Pelantikan anggota bagi kedua-dua badan bebas itu terdiri daripada pemimpin badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan, golongan profesional, ahli akademik serta bekas pegawai tertinggi kerajaan dan mereka dilantik secara pentadbiran di bawah Akta SPRM 2009,” katanya.
Pelantikan itu dilihat selaras dengan ketegas Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad bagi memastikan suruhanjaya itu mampu membanteras gejala rasuah dalam negara. - Siakapkeli.my
Sumber : FB SPRM, Agenda Daily