Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saline Bukan Untuk Cuci Dan Rendam Kanta Sentuh," - Ahli Optometrist

13 Ogo 2016
No Comment

Mata merupakan dalah satu anugerah yang amat berharga dan tak ternilai yang diberikan kepada manusia, mata merupakan panca indra yang amat penting untuk membolehkan kita melihat, hilang mata maka hilangkan keindahan dunia ini.

Ada sesetangah kita pula menghadapi masalah mata seperti rabun, ini menyebabkan mereka terpaksa memakai cermin mata, kerana cermin mata ini perlu dipakai dan dijaga dengan elok, ada yang mengambil alternatif dengan memakai kenta sentuh.

Apabila memakai kanta sentuh pula, ianya memerlukan penjagaan yang baik atas kanta sentuh yang dibeli, menurut seorang ahli Optometrist bernama Amira Nadia, dia meminta orang ramai supaya lebih peka dengan bahan yang digunakan untuk mencuci kata sentuh.

Jom kita baca apa yang beliau nasihatkan itu.


SALINE BUKAN UNTUK CUCI DAN RENDAM KANTA SENTUH

Ha Kakak dah marah ni ....

Alkisah semalam, sambil cuci2 mata tengok kereta2 Mazda cun depan Watson, niat hati nak menjengah sekejap...

melintas lah sekumpulan adik2 manis ni sambil yang sorang tu bawa 1 pack Saline berharga RM 12++.. menuju ke kaunter bayaran.

Eh.. dik dik, tiba2 saya menahan mereka ala pak guard dalam watson tu kalau sensor bunyi...
Adik nak buat apa ye dengan saline tu?.. Mula2 terpinga2 juga budak tu, yela tiba2 ada orang tanya. Nasibla pakai blazer ada la rupa somebody dalam watson tu huahaha.. Nak cuci contact lens ke?. Tanya ku lagi..

Yang kawan sebelah tu dah bisik2,, ha aku dah cakap tadi. ( tak dengar perkataan hujung sebab lagu shopping mall tu kuat sangat).

Jom sini... saya bawa mereka ke satu rak penuh deretan solution kanta sentuh pelbagai jenama..
Ok adik nampak perkataan "rinsing" ni sambil saya tunjuk sebotol saline. 

Ni maksudnya bilas. Dan biasanya guna jika mata tak tahan pedih bila kanta sentuh di cuci dengan larutan ni. Saya tunjukkan pula sebotol RENU yang bertulis Multipurpose Solution dan Disinfect. Ha yang ni memang untuk cuci,rendam dan bunuh kuman. Saline tu tak de langsung bahan kimia yang boleh membunuh kuman.

Ye ke?.. sambil tangannya menyeluk beg dan mengeluarkan sebotol saline jenama C**** * ***e. Dalam hati saya sah budak ni memang selama ni cuci dengan saline.

Hmm.. yang mana ye murah?.. Tanya dia lagi sambil pegang travel pack Renu. Sebenarnya tu la yang paling murah. Hmm dalam hati ambil je la mana2, asalkan ambil solution yang betul. Nak cerita panjang lebar nanti pening pula kepala dia. Yela dari Optifree sampai ke Freshkon ada 7,8 jenama.

Ok dik, boleh je ambil yang tu tapi lepas buka penutup tahan 3 bulan ye. Habis tak habis kena buang. Alaa.. yeke jawabnya.. sambil belek saline. Bukan ke lama lagi expiry date.

Ok macam ni saya terpaksa terangkan lagi,.. larutan MPS ni ada bahan pengawet yang menghalang kuman membiak, tapi tempohnya 3 bulan sahaja. Saline pula sebulan...

Hmm ok la saya ambil yang ni, dan terus berlalu pergi bersama2 kawaan2nya menuju kaunter. Panjang lebar pula ceramah ni .. belum tanya lagi pakai kanta sentuh apa, berapa lama pakai... tengok jam dah pukul 3, alamak zohor pun tak lagi..

Sebenarnya ramai lagi di luar sana yang cuci kanta sentuh dengan saline, lagi2 yang menjual tu advise guna saline je boleh. 

Wahh... banyak cantik. Sebab tu saya tiada kompromi dengan geng2 yang menjual kanta sentuh secara haram ni.... haa ambik. Jual nak... esok yang kena menghadap ulser mata ophthalmologis kat hospital juga. Kami optometris hanya penjaga mata primer sahaja.. kalau bukan kami siapa lagi ... betul tak???

Berikut adalah pembuktian yang beliau sertakan.


Sanggup ke nak cuci kanta sentuh sekadar dengan "NORMAL SALINE" @ Sodium Chloride @ Air Garam , yang tak mampu nak basmi kuman seperti dalam gambar ni. Sebab tu mesti guna agen pencuci khas dan pastikan simpan/rendam sekurang2nya 4 jam.

Mungkin sebab mata kita tak nampak makhluk Allah yang seni ni, kawan batuk kat kita pun kita boleh berjangkit sama padahal tak nampak pun bakteria ni.

Persekitaran kita pun tiada jaminan bebas kuman, habuk,debu dan macam2 lagi.

So lepas ni insaf2 ye wahai sahabat sekalian, cuci tangan dengan sabun tu penting...

RAJIN tu pun penting juga.

Ada apa2 boleh jumpa Optometris di luar sana, kami belajar 4 tahun, semua ilmu kesihatan mata dan kanta sentuh ni hadam dah semata2 nak bagi semua mata rakyat Malaysia ni sihat dan berkualiti.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "