Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemandu Teksi Limosin Maut Kemalangan Babitkan Bas Pekerja

15 Ogo 2016
No Comment


PUTRAJAYA, 15 Ogos - Seorang pemandu teksi limosin maut selepas terlibat dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah bas pekerja yang diletakkan di tepi jalan di Jalan Pekeliling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dalam kejadian jam 7.26 malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 25 tahun itu meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia KLIA, Yahya Mohd. Sham, dua buah jentera bomba dengan kekuatan 11 anggota bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

"Pihak kami mendapati bas pekerja itu kosong tanpa penumpang dan pemandu itu telah diletakkan di tepi jalan menyebabkan mangsa melanggar belakang bas tersebut," katanya kepada Kosmo!.

Kes tersebut diserahkan kepada Balai Polis Daerah Sepang untuk siasatan lanjut.

Sumber: Kosmo!
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "