Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Yang Dipercayai Manusia Tertua di Dunia Ditemui di Indonesia, Tapi Apa Yang Dia Mahukan Cuma Mati

28 Ogo 2016

JAKARTA 27 Ogos – “Apa yang saya mahu adalah mati. Semua cucu saya sudah boleh berdikari.

Itu kata Mbah Gotho atau nama sebenarnya Sodimejo yang berasal dari Sragen, Jawa Tengah yang dipercayai berusia 145 tahun setelah satu dokumen yang mengesahkan dia dilahirkan pada 31 Disember 1870 di dedahkan oleh seorang pegawai.


Salah seorang cucunya, Suryanto berkata, datuknya itu sudah menyiapkan diri untuk mati sejak usianya mencecah pada umur 122 tahun.

Batu nisan telah dibuat pada 1992 dan itu adalah 24 tahun lalu. Kami juga telah menyediakan tempat perkuburan berdekatan kubur anak-anaknya,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Tambahnya lagi, kesemua 10 adik beradik datuknya itu sudah meninggal dunia. Selain itu, empat orang isteri dan juga anak-anak Gotho sudah pun meninggal dunia.

Jika tarikh kelahirannya itu adalah benar seperti didakwa, Mbah Gotho akan diiktiraf sebagai manusia tertua yang kini rekodnya dipegang oleh seorang wanita Perancis, Jeanne Calment yang berusia 122 tahun.

Sumber : Utusan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "