Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Mat Redho Berjaya Lepas Pusingan Kedua 'Ninja Warrior' Vietnam, Kibar Jalur Gemilang Dengan Megah di Vietnam

28 Ogo 2016

Vietnam, 28 Ogos - Rakyat Malaysia yang bertanding dalam pertandingan Sasuke Vietnam (Ninja Warrior versi Vietnam) berjaya melepasi pusingan kedua pertandingan tersebut yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam acara tersebut, Mat Redho, yang memakai baju bertemakan jalur gemilang, dengan lancar menghabiskan aksi tersebut dengan masa 34 saat sahaja.

Disaat kemenangan, Mat Redho mengambil jalur gemilang yang dibawanya di dalam poket dan dengan bangga mengibarkan jalur gemilang itu di hadapan kamera televisyen dan penonton di pertandingan tersebut.

"Saya sangat gembira. Kita tunggu pula pusngan ketiga", kata Mat Redho selepas aksi terbabit.

Sebelum ini, Mat Redho pernah menjadi viral dalam kalangan netizen Malaysia apabila berjaya melepasi pusingan pertama pertandingan tersebut. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "