Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dua Lelaki Diselamatkan Selepas Penyelamat Ternampak SOS di Pulau Terpencil

28 Ogo 2016
No Comment


Wellington, 28 Ogos - Dua lelaki yang terperangkap selama seminggu di sebuah pulau terpencil di kepulauan di Pasifik diselamatkan selepas penyelamat ternampak perkataan 'SOS' yang ditulis oleh mereka di pulau tersebut.

Kedua-dua mereka, yang mempunyai keperluan makanan dan kecemasan terhad, ditemui di pulau terbiar di pulau Timur Fayu di Micronesi oleh pasukan udara US.

Pasukan pencari memulakan pencarian di pulau itu selepas menerima laporan bahawa ada seseorang di pulau tersebut menggunakan lampu untuk menarik perhatian.

"Operasi mencari dan menyelamat Linux da Sabina Jack telah ditamatkan dengan berjaya", tulis kedutaan US di Kolnia, Micronesia di Facebook.



"Memandangkan pulau itu berkemungkinan tidak diduduki dan mengetahui mereka mempunyai lampu tangan di bot mereka, kami mengerahkan pasukan pencari udara untuk terbang di pulau itu.

Difahamkan, pasangan itu belayar dari Pulau Weno di Micronesia menggunakan bot berukuran 5 meter pada 17 Ogos lalu, tetapi mereka tidak sampai di Pulau Tamatam pada hari berikutnya seperti yang dijangkakan.

Operasi mencari yang dilakukan selama seminggu itu menggunakan 15 kapal dan dua pesawat untuk kawasan pencarian sebesar 43,000 km persegi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "