Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hasil Kajian Dapati Risiko Kesihatan Perokok Berkurang Sebanyak 66% Selepas Bertukar Kepada Vape

24 Ogo 2016
No Comment

Sebelum ini ada kajian mengatakan e-rokok atau vape boleh menyebabkan lebih banyak toksin terdedah kepada badan namun hasil penyelidikan terbaru tiada bukti bahawa wap air berkeupayaan untuk membuatkan paru-paru tersumbat seperti tembakau , lapor Dailymail.

Seperti diketahui masalah berkaitan paru-paru berkaitan tembakau difahami sebagai titik permulaan untuk untuk penyakit berkaitan rokok yang serius, seperti kanser paru-paru.

Dailymail juga menyatakan pelbagai kajian dan penemuan baru dalam bidang ini, berjuta-juta perokok telah beralih kepada vaping menyebabkan ramai saintis berebut-rebut untuk memahami sepenuhnya kesan peranti berkenaan.

Hasil kaji selidik atas talian kepada 941 orang responden yang dilakukan oleh Queen Mary University of London (QMUL) atas penilaian perubahan subjektif gejala penafasan di kalangan perokok yang beralih kepada vape.

Laporan berkenaan telah diterbitkan dalam Journal of Addiction Research & Therapy, menunjukkan bahawa 66 % daripada responden menyatakan kesihatan mereka makin pulih berbanding semasa mereka merokok, 29% pula menyatakan tiada perubahan dan 5% menyatakan semakin teruk.


Pensyarah kanan Profesor Peter Hajek dari QMUL berkata: "Belum dapat dibuktikan sebenuh bahawa e-rokok adalah lebih selamat daripada rokok konvensional, tetapi ternayta merokok lebih berbahaya kepada perokok.

"Banyak kajian salah yang dilakukan ke atas tikus sehingga mendakwa vape boleh menyebabkan peningkatan kerenjatan terhadap jangkitan."

"Penemuan terbaru kesan vape terhadap masusia tidak menunjukkan ianya berlaku di mana kajian perlu ditafsirkan dengan berhati-hati, ianya berdasarkan data yang dilaporkan dan kajian lanjut dengan menggunakan langkah-langkah objektif yang diperlukan."

'Walau bagaimanapun, maklumat yang cukup perlu dikaji lagi bagi membuktikan vape betul-betul selamat tidak meningkatkan kadar jangkitan," katanya.

Sehingga kini belum ada kesan buruk yang ketara dilaporkan berkaitan pernafasan akibat penggunaan vape di mana ada kajian yang dilakukan kepada mereka yang menghidapi asma menunjukkan berlaku kesihatan mereka lebih baik.

Para penyelidik menyatakan tidak hairanlah jika hasil kaji selidik responden menyatakan tahap kesihatan mereka semakin baik selepas menggunakan vape berbanding merokok.

Ini kerana merokok terbukti meningkatkan kerentanan terhadap jangkitan pernafasan.

Di samping itu, vape juga boleh memberi perlindungan antimikrobial melalui bahan propylene glycol e-cecair, walaupun belum ada kajian detail mengenai perkara ini kerana laporan sebelum ini adalah subjektif. - Dailymail

- Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "