Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto) 'Bandar Ini Sudah Tiada Lagi' - Sekurang-kurangnya 39 Maut Gempa Bumi Kuat Landa Itali

24 Ogo 2016


Itali, 24 Ogos - Satu gempa kuat yang melanda beberapa kawasan di Itali hari ini mengorbankan sekurang-kurangnya 39 orang dan sehingga kini penyelamat masih lagi mengorek kawasan runtuhan bangunan yang hancur akibat gempa itu.

Gempa bermagnitud 6.2 itu merosakkan kawasan tersebut, yang juga merupakan tempat pelancongan popular, dengan teruk sekali.

Agensi Keselamatan Itali melaporkan 39 maut setakat ini, namun angka kematian dijangka akan meningkat.

Datuk bandar Amatrice meminta agar penyelamat membantu mereka dan menyifatkan gempa itu merosakkan bandarnya dengan teruk.

"Bandar ini sudah tidak ada lagi", kata Datuk Bandar itu, Mayor Sergio Pirozzi.

Satu lagi kawasan yang terjejas teruk akibat gempa itu adalah Accumoli, yang berada 80 batu dari utara-timur Rom. - Siakapkeli.my

Sumber : http://edition.cnn.com/2016/08/23/europe/italy-earthquake/






Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "