Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Duke of Westminster ke-7 Muncul Billionaire Termuda

11 Ogo 2016
No Comment

LONDON, 8 Ogos: Hugh Richard Louis Grosvenor, yang menjadi Duke of Westminster ke-7, menjadi billionaire termuda dalam kalangan 400 orang terkaya dunia selepas bapanya mati mengejut pada selasa lalu.

Bangsawan yang berusia 25 tahun itu kini mengetuai estet keluarganya yang bernilai AS$12.3 bilion (RM49.30 bilion) yang merangkumi ratusan ekar hartanah di kawasan Belgravia dan Mayfair di London, rumah desa, dan Grovenor Group, syarikat hartanah berpangkalan di London dengan anggaran aset diuruskan bernilai 13 billion pound pada akhir 2015.

"Grosvenor Estate tertakluk kepada Akta Parlimen 1933, Akta Grosvenor Estate, yang secara efektif mengehadkan pewarisan kepada waris lelaki," kata Marilyn McKeever, peguam di Berwin Leighton Paisner berpangkalan di London. 

Grosvenor empat tahun lebih muda jika berbanding pewaris Wal-Mart Inc, Lukas Walton, bilionair kedua termuda dalam senarai Bloomberg Billionaires Index.

Pengasas kepada Facebook Inc, Dustin Moskovitz dan Mark Zuckerberg berada di tangga berikutnya pada umur 32 tahun.

Kekayaan Zuckerberg bernilai AS$55 bilion (RM220.45 bilion), menokok AS$9.2 bilion (RM36.88 bilion) tahun ini. 

Ayah kepada Richard meninggal dunia petang Selasa lalu di Royal Preston Hospital di Lancashire selepas tiba-tiba jatuh sakit di Abbeystead Estate di utara England. Tiada sebab kematian diberikan.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "