Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(KEMASKINI) Amuk: 3 Sekeluarga Maut Dikelar Dan 2 Lagi Cedera Parah Di Melaka

25 Ogo 2016
No Comment
Kredit foto: Berita Harian

Melaka: Tiga sekeluarga maut dan dua lagi cedera parah selepas dikelar oleh seorang lelaki dipercayai ahli keluarga di Kampung Bertam-Malim, di sini, 6.30 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din berkata, setakat ini tiga mangsa disahkan meninggal dunia dalam rumah iaitu dua lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 70, 62, dan 22 tahun.

Menurut beliau, dua orang lagi mangsa wanita berusia berusia 24 dan 27 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian bahu, seorang lagi wanita berusia 80 tahun mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Melaka.


"Kita sedang siasat motif pembunuhan namun suspek dipercayai ahli keluarga yang tinggal bersama dalam rumah ini.

"Kita sudah mengenal pasti suspek, lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai penagih dadah tegar dan kita yakin suspek dapat ditahan dalam tempoh terdekat," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Siakapkeli.my

KEMASKINI

Suspek bunuh tiga sekeluarga ditahan selepas kereta dilarikannya dikesan di perkarangan masjid di Bukit Rambai di mana dia telah memakai jubah biru.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "