Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Gara-Gara Terlalu Kerap Selfie, Wanita Ini Dapati Kulit Wajahnya Cepat Alami Simtom Penuaan

13 Jul 2016
No Comment

Sebelum ini kita dikisahkan dengan pendedahan kulit kepada cahaya matahari berlebihan boleh menyebabkan kulit wajah anda akan kelihatan cepat tua, namun tahukah anda bahawa tabiat selfie berlebihan juga boleh menyebabkan kulit wajah anda kelihatan cepat tua?

Didedahkan oleh seorang blogger kecantikan Mehreen Baig, 26, yang sering artikelnya diambil oleh portal berita terkenal seperti The Telegraph, The Daily Mail dan BBC di mana beliau mendedahkan tabiat selfie berlebihan akan menyebabkan kulit wajah cepat tua.

Menurut Mehreen Baig yang diceritakan kepada portal Dailymail, tabiat selfie sebanyak 50 kali sehari boleh menyebabkan muka ditumbuhi jerawat, bintik hitam dan perubahan kepada tona kulit.

Ini kerana cahaya yang dihasilkan oleh lampu biru HEV(High-Energy Visible Light) pada telefon lebih berbahaya dari cahaya matahari kerana kadar penembusan terhadap kulit lebih dalam.


Beliau sebelum ini telah mengambil lebih 50 gambar selfie untuk posting di dalam blog dan Instagramnya, selepas mengetahui mengenai cahaya HEV yang dipancarkan telefon semasa bergambar, dia telah bertindak berjumpa pakar kulit apabila melihat kulit wajahnya mengalami tanda-tanda penuaan pra-matang.


Cahaya HEV bukan sahaja dipancarkan oleh peranti seperti telefon tetapi turut terdapat pada komputer riba dan tablet dan kajian menunjukkan ia hanya sebagai berbahaya kepada kulit sebagai cahaya UVA dan UVB.

Berdasarkan kajian dan didedahkan oleh  David E. Bank, Direktor dermatologist, cosmetic, dan laser surgery di Mount, New York. cahaya HEV boleh menyebabkan kulit menjadi kering, berkedut, kemerahan, sehingga pigmentasi.

“Beberapa kemungkinan terjadi dari kesan HEV iaitu kekeringan, kedutan, kemerahan, sehingga pigmentasi,” jelasnya.

Kerana itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya kurangkan aktiviti berselfie untuk mencegah gajala berkenaan, pastikan anda selalu memakai sunscreen dengan kandungan zinc oxide dan titanium, untuk mencegah penuaan pada kulit ketika berselfie. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "