Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Dikemaskini] Terkini : Timbalan Datuk Bandar di Istanbul Maut Ditembak di Kepala

18 Jul 2016


ISTANBUL, 18 Julai - Seorang penyerang yang tidak dikenali telah menembak timbalan datuk bandar daerah Sisli di Istanbul, di bahagian kepala.

Menurut laporan media tempatan, penyerang itu telah memasuki pejabat timbalan datuk bandar itu sebelum kedengaran bunyi tembakan.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada kejadian mempunyai kaitan dengan cubaan rampasan kuasa yang berlaku di Turki baru-baru ini yang meragut lebih 200 nyawa.



Turki kini masih lagi berada dalam keadaan tegang biarpun kerajaan berkata situasi berada di bawah kawalan.

 - Siakapkeli.my

[Kemaskini]
Al-Jazeera melaporkan : Pihak berkuasa tempatan berkata Timbalan Datuk Bandar itu ditembak "kerana pertikaian mengenai permit bangunan". Penyerang dalam tahanan.

Namun, portal Middleeasteye melaporkan motif dan identiti penyerang itu masih belum dapat dipastikan.

Akhbar tempatan Turki, The Turkish Sun, melaporkan bahawa mangsa, Cemil Candas telah meninggal dunia sebentar tadi akibat kecederaan parah.

Cemil Candas adalah warga negara Turki yang beragama Yahudi.

Timbalan Datuk Bandar Daerah Sisli, Cemil Candas

Sumber : TelegraphTwitter Al-Jazeeramiddleeasteye, Twitter TheTurkishSun
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "