Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tentera Cuba Lakukan Rampasan Kuasa Di Turki Serah Diri

16 Jul 2016
No Comment

ISTANBUL: Seramai kira-kira 30 orang tentera Turki yang menyertai kumpulan cuba merampas kuasa di sini semalam dilaporkan telah menyerah diri dan kesemua senjata mereka selepas dikepung polis bersenjata di Dataran Taksim, di sini, kata saksi.

Memetik laporan RT, Askar-askar berkenaan dilihat menyerahkan senjata dan dibawa menaiki van polis di mana jet pejuang diliaht berulang-ulang berjuang terbang rendah mengegarkan bagunan sehingga memecahkan cermin tingkap.

Memetik laporan portal berita CNN, Presiden Recep Tayyip Erdogan telah mengiystiharkan rampasan kuasa tentera berkenaan sudah tamat dan keadaan terkawal.

Beliau dilaporkan telah melantik pemangku panglima tentera yang baharu selepas percubaan rampasan kuasa untuk menggulingkan kerajaan, kata perdana menteri Binali Yildirim

"Komander Tentera Pertama, Jeneral Umit Dundar, dilantik sebagai pemangku panglima tentera," katanya.

Sehingga kini mereka belum mengetahui di mana bekas panglima, Hulusi Akar berada.


Media Turki melaporkan sehingga kini sekurang-kurangnya 60 orang terkorban di mana majoritinya adalah anggota polis. - Siakapkeli.my




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "